Noah mengeluh kasar. Dinzly disebelahnya hanya membisu. Suasana pagi itu kelihatan berbeza. Tidak lagi seperti kebiasaannya. Jarang mereka melihat asap tebal yang membataskan pandangan mereka. Asap itu bukan seperti jerebu yang selalu mereka lihat sebelum ini. Jerebu sifatnya berwarna putih, lain sekali dengan asap di depan mata mereka, asap itu berwarna kelabu. Kelihatan seperti kepulan asap dari gunung berapi. Tapi, mana ada gunung berapi!
"Noah, kau rasa ini asap apa?" soal Dinzly sambil matanya terarah kepada kepulan asap itu. Ada sedikit ketakutan dalam dirinya.
"Akupun tak tahu. Cuba kau on televisyen, mana tahu berita terkini ada inform apa-apa." Itu sahaja yang mampu tercerna dalam fikiran Noah.
Jam di tangan kiri sudah menunjuk ke arah angka sebelas pagi. Mata Noah masih memaku ke luar tingkap. Selalunya, waktu-waktu begini, cuaca cerah dengan kanak-kanak yang bersekolah tadika berhadapan dengan rumah sewa mereka berlari-lari pulang ke rumah.
"Noah!" panggil Dinzly hampir terjerit. Mata Dinzly sudah memaku memandang permukaan televisyen. Visual orang ramai yang dalam ketakutan di tengah kota memenuhi skrin televisyen 32 inci di hadapannya.
Laju Noah melangkah mendekati Dinzly. Seperti Dinzly, Noah juga terpaku melihat visual itu. Wajah wartawan yang berada di tengah kota itu juga kelihatan takut. Serta-merta Dinzly diserang panik.
"Kau rasa kita sekarang diserang zombi ke?" soal Dinzly sambil matanya memandang tajam kepada Noah.
"Jangan merepek. Apa kau ingat ini semua filem ke?" Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Dinzly.
"Jadi, kau rasa, apa makna semua ini? Tak akanlah bomba tengah buat latihan kebakaran?" Dinzly masih mahu membuat spekulasi sendiri.
"Bodohlah kau!" jawab Noah separuh marah. Dalam keadaan genting begini, Dinzly masih boleh bergurau.
Alat kawalan jauh televisyen yang diletakkan di atas sofa dicapai Noah. Laju tangannya menukar siaran televisyen secara rawak. Jujur, Noah masih mengharap apa yang baru dipaparkan di televisyen itu hanyalah rekaan semata-mata. Paling tidak, itu semua hanyalah montaj tentang filem zombi lakonan terbaru Zizan Raja Lawak.
Hampa. Hampir keseluruhan saluran berita memaparkan tentang kejadian tentang asap kelabu. Di Sana-sini kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu melarikan diri apabila asap kelabu dan angin yang kuat datang bersilih ganti. Terlihat juga sistem pengangkutan awam sudah lumpuh. Masing-masing bertindak menyelamatkan diri sendiri.
"Noah, kita kena lari selamatkan diri." Ucap Dinzly sambil matanya masih memaku pada telefon bimbit di tangan.
"Kenapa?"
"Aku dapat mesej suruh semua orang cari tempat perlindungan. Noah, kita kena lari." Ucap Dinzly. Kali ini wajahnya kelihatan serius.
"Nak pergi mana?" Soal Noah.
"Bukit. Kita kena lari ke kawasan bukit." Noah hanya membisu tatkala mendengar cadangan Dinzly. Noah bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru dia lihat. Selepas subuh, langsir tingkap diselak. Tidak seperti selalu, cahaya matahari sudah kelihatan berbalam. Pada fikiran Noah, hari itu hujan lebat bakal turun. Tetapi sangkaannya meleset tatkala cermin tingkap dibuka, asap berwarna kelabu itu berlumba-lumba menerjah masuk ke dalam biliknya. Dengan penuh ketakutan, cepat-cepat cermin kaca itu ditutup kembali.
"Aku rasa, kita tak boleh nak ke mana-mana Dinzly. Jarak penglihatan kita terbatas. Bahaya untuk kita berada di luar dalam keadaan sekarang." Noah cuba berdiplomasi dengan Dinzly.
"Noah, dalam mesej ni cakap, kalau kita tak lari, nanti zombi datang makan otak kita." Laju sahaja ayat itu meluncur dari mulut Dinzly. Dinzly adalah seorang anak muda yang terlalu taksub dengan teknologi. Dinzly lebih percayakan berita yang dia terima melalui media sosial berbanding yang lain.
YOU ARE READING
Di Bawah Satu Langit. ✔️
Science Fiction[COMPLETED] Di Bawah satu langit adalah koleksi cerpen bertemakan thriller sci-fi. ***** Syurga apanya? Bullshit semua ni. Kau tak nampak sana-sini orang buat 'projek' tanpa ada rasa bersalah? Mana pe...