2- PELACUR SEPARA BIDADARI

12 0 0
                                    

"Aku nak resign." Usul Seri. Wajahnya tegang. Farah yang sedang menyuap nasi goreng sotong di hadapannya mengangkat muka memandang.

"Kau biar betul. Kenapa nak resign? Tak best ke kerja dekat sini?" Seri mengangguk seraya mengiyakan kata-kata Farah. Farah sudah geleng kepala.

"Apa lagi yang tak cukup? KWSP ada, Socso ada, semua cukup. Bukan kau buat kerja susahpun."

"Bukan kerja susah. Tapi kerja hinalah bodoh!"

"Hina? Hello kawan, apa yang hinanya. Kita kerja serve service pada lelaki. Kalau tak ada orang macam kita ini, bersepah-sepahlah perempuan kena rogol sana-sini. Berpuluh-puluh bayi kena buang setiap bulan. Bangga sikit dengan kerja kita ni!" Jawab Farah beremosi. Seri hanya membisu. Malas mahu menjawab.

Seri dan Farah bekerja sebagai Room Service Person atau lebih dikenali sebagai RSP. Bunyinya sangat gah. Tetapi, hakikatnya itu adalah pekerjaan paling jijik yang pernah wujud di dalam sejarah negara. Dua tahun lepas, Usul telah dibentangkan di Parlimen untuk menjadikan pelacuran sebagai suatu bidang pekerjaan professional dengan nama barunya RSP. Maka, berduyun-duyunlah anak-anak gadis mahupun janda yang masih bergetah mengisi borang secara online untuk mendapatkan pekerjaan itu. Dikalangan wanita-wanita yang memohon itu tidak ketinggalan adalah Seri.

Seri merupakan lulusan universiti tempatan yang sudah menganggur hampir lima tahun. Kegagalan untuk mendapatkan kerja dan tekanan daripada sekelilingnya memaksa Seri untuk memohon jawatan RSP itu. Pada mulanya Seri hanya memohon secara suka-suka. Tidak pernah langsung dia menyangka bahawa dia akan diterima menjadi RSP. Tapisan demi tapisan perlu Seri lalui untuk menjadi RSP, pelbagai jenis ujian diperingkat awal dijalankan hanya untuk memilih yang betul-betul terbaik dan layak memegang jawatab RSP.

Setelah diterima menjadi RSP, Seri telah dihantar kursus selama tiga bulan untuk menjalani latihan fizikal dan mental. Selama tiga bulan itulah pelbagai perkara asas diajar kepadanya. Setelah selesai latihan, Seri dan perserta lain di bahagikan kepada tiga kumpulan mengikut kelayakan akademik mereka. Disitulah Seri bertemu dengan Farah. Bekas model anggun yang memilih menjadi RSP demi menjamin masa depannya.

Di tahun yang semakin mencabar, dengan kos hidup yang saban hari kian meningkat, pelbagai cara perlu dilakukan untuk mendapatkan rezeki demi mengisi perut dan tembolok sendiri. Harta negara bukan lagi dibahagikan sama rata, di sana-sini manusia hidup gelandangan, anak-anak muda yang tidak kuat imannya menjadi hamba dadah dengan penjual-penjual dadah itu disembah bagaikan raja. Di bahagian atasan pula, Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin kekayaan. Mereka sudah tidak peduli daripada mana datangnya harta yang mereka perolehi. Apa yang penting, harta dikumpul sebanyak mungkin untuk mengisi nafsu dan tembolok anak-anak dan isteri mereka.

Seri adalah antara orang-orang yang terperangkap dengan kemodenan. Dengan jawatan sebagai RSP, Seri diberi tugas untuk melayan mana-mana orang atasan dan berpangkat. Setelah hampir dua tahun menjadi RSP, Seri kini sudah muak, terasa jijik kepada diri sendiri.

"Okey, bagitahu aku apa yang buat kau tak suka kerja dekat sini?" soalan Farah mengembalikan Seri ke alam realiti.

"Ini bukan sebab kerja, aku rasa aku dah tak boleh hidup macam ni."

"Seri, untuk selesaikan masalah kau, apa kata kita minta tolong Chief tukarkan kau ke cawangan lain. Mungkin kau jadi macam ini sebab kau dah muak nak layan orang yang sama. Setuju?" usul Farah.

Seri sudah mengeluh kasar. "Farah, kau tak faham. Aku dah tak nak jadi RSP, aku nak jadi orang biasa. Aku nak kerja biasa je. Aku tak nak kerja layan jantan. Aku dah penat. Aku rasa berdosa. Aku nak bertaubat. Aku nak bina keluarga aku sendiri, ada suami dan anak-anak."

Di Bawah Satu Langit. ✔️Where stories live. Discover now