TERPISAT-pisat Afrina membuka mata. Kepalanya terasa berdenyut denyut. Mata meliar memandang sekeliling bilik itu. Bilik yang agak asing baginya. Cahaya matahari yang menembusi dinding kaca bilik itu membuatkan Afrina sedikit silau.
Matanya terus tertancap pada bunga baby breath yang sudah siap di bouquet. Tengan mencapai bunga tersebut. Di hidu. Wangi!
Baru saja dia bertindak mahu meletakkan kembali baby breath bouquet itu,terus saja matanya tertancap pada kertas kecil yang berwarna hitam.
"Aku minta maaf sebab sentuh kau. I so sorry. That's my fault. But it's yourfault too. Siapa suruh pengsan suka hati. Take care of yourself. I don't want you get hurt even a little bit. If you have a problem. Just tell me. I here for you,my angel"
[Secret admire]
Tergelak kecil Afrina apabil membaca kertas kecil itu. Bukan salah dia. Dia pun tidak menyangka akan pengsan dalam tandas. Tergeleng kepalanya.
Seketika dahinya berkerut. Ayat terakhir itu seperti tidak asing baginya.
"I'm here for you, my angel"
Membulat matanya apabila mengingati mimpinya.
"Takkan lah tu bukan mimpi" ujarnya seorang diri.
KTAK!
"Ya Allah anak aku!" Wanita yang sudah berusia itu pantas menarik Afrina ke dalam pelukkan.
Hampir saja Afrina menjerit kerana terkejut akan tindakan drastik itu. Dia membalas pelukan itu. Erat! Dia rindu pelukan itu. Sudah lama tidak merasai pelukan itu.
"Anak umi ok je kan? Ada sakit dekat mana-mana ke?" Soal Puan Salmah.
Puan Salmah adalah adik beradik kandung kepada Puan Faezah. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sudah berusia 27 tahun dan sudah berkahwin. Sejak pemergian satu-satunya adik kandungnya. Dia terus memutuskan untuk menjaga Afrina Anisa.
"Rina ok, Umi. Tak ada apa pun. Cuma pengsan dalam tandas je" balas Afrina. Dia tidak mahu wanita itu risau.
Dia sudah menganggap Puan Salmah seperti ibu kandungnya sendiri.
"Ni apa lebam-lebam ni?" Soal Puan Salmah apabila matanya tertancap pda lengan anak saudaranya itu.
Afrina tersenyum kecil.
Puan Salmah seperti dapat menangkap maksud senyuman itu. "Si Rahman ni. Tak sedar-sedar. Aku lapor dekat polis ha biar padan muka dia" getus Puan Salmah dengan nada yang geram.
"Tak apalah Umi. Rina dah biasa kena macam–"
"Biasa apa macam ni. Ni dah masuk kes dera tahu. Kalau along, dah lama along buat report" ujar Shahrul Fauzi yang baru saja masuk ke dalam bilik itu.
Afrina terdiam.
"Fauzi. Apa cakap macam tu kat adik" tegur Puan Salmah.
"Betullah, umi. Pakcik Rahman tu kalau tak buat macam tu. Sampai adik masuk kubur pun belum tentu dia taubat" balas Shahrul.
YOU ARE READING
𝐀𝐟𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐧𝐢𝐬𝐚 | BIDADARI TERAKHIR UNTUKNYA (SU)
AcakKnown as Harith Naufal Under His Series 2 { 𝐈𝐭'𝐬 𝐨𝐮𝐫 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲,𝐥𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐚𝐧𝐠𝐞𝐥 } Harith Naufal~Sesorang jejaka yang sungguh,segak,kacak,usahawan berjaya suka buat lawak dan dia juga seorang yang tegas. Seorang CEO di syarikat yang...