Dalam sebuah keluarga yang terdiri dari 6 ahli keluarga. 6 ahli keluarga adalah Ibu ,Ayah , 2 abang ,1 kakak dan 1 adik . Keluarga ini mempunyai ibu yang religius dan mempunyai ayah yang tegas .Ayah mendidik anaknya dengan tegas . Beliau mempunyai pekerjaan sebagai pengurus kilang .Skop kerjanya menyebabkan timbulnya tekanan dari pekerja bawahan serta atasan.Anak-anak mereka , membesar mendapat rotan dari ayah apabila melakukan kesalahan .Mereka juga perlu bersembunyi apabila ayah mereka mula mengesan kesalahan dan mengambil rotan . Oleh itu , 2 abang dan kakak membesar dengan ajaran dari ayah untuk hormat dengan ibu bapa dan tidak sesekali melakukan kesalahan yang boleh memalukan keluarga.
Namun, kesan dari rotan yang disebat kepada anak pertamanya menyebabkan dia menjadi pelik dan sentiasa mencuri barang orang lain . Anak keduanya menjadi lelaki yang ganas dan mempunyai panas baran dan anak gadisnya membesar dengan selalu ketakutan apabila ayahnya mula mengambil rotan. Ajaran secara rotan kepada anaknya mula berkurang apabila anak bongsu dilahirkan. Si Ayah membuat janji untuk tidak lagi menyakiti anaknya dengan rotan dan hanya memberi rotan apabila anak-anaknya melakukan kesalahan yang serius .
Anak bongsu disayang oleh abang-abangya namun kakaknya tidak senang dengan anak bongsu disebabkan adiknya berjantina lelaki . Kakaknya sedih apabila anak bongsu bukan perempuan disebabkan kakaknya hendak adik yang dapat bermain bersama kakaknya .Kakaknya membesar bersama adik lelaki dengan penuh masalah .
Kakaknya dengan sengaja memperlakukan hati adiknya , lebih menyukai adik orang lain berbanding dengan adiknya sendiri . Adik lelakinya yang pada mulanya sangat menyayanyi abang dan kakaknya melihat betapa kakaknya tidak menyenangi dirinya . Setelah kakaknya berusia 19 tahun , telah tiba masanya untuk kakaknya meneruskan pelajaran ke universiti .
Adiknya ditnggakan bersama abang pertamanya dirumah .Abang kedua bekerja di negeri lain serta ayah dan maknya tinggal di felda.Abang pertama mempunyai sikap mementingkan diri sendiri dan tidak suka mengemaskan rumahnya . Oleh itu , adik bongsu tidak dapat mengharapkan abang pertamanya dan terpaksa mengurus diri sendiri tanpa jagaan ibu bapanya . Lebih malang , musim pkp menyebabkan adiknya terperangkap dalam rumah bersama abang pertamanya selama 2 tahun . Tanpa jagaan dari ibu bapanya , si adik membesar selama 2 tahun dengan emosi yang tungang-langgang dan ajaran yang salah dari internet . Sikapnya lebih mengutamakan pasal dirinya dan tidak menyenangi dengan keluarganya . Dia lebih menjaga dirinya dan sanggup melukakan hati lain untuk membuatkan dia gembira.Sepanjang 2 tahun dia terperangkap di dalam rumah , dia mengajar dirinya untuk membina badan disebabkan dia hendak menjaga badannya .Namun , kesannya membawa padah pada dirinya.