Keadaan di pondok itu agak tegang. Baik Ain mahu pun Fariz, kedua-dua mereka tidak ada yang berani mahu bersuara.
Air mata Puan Suri sudah kering kerana terlalu lama menangis hingga tiada lagi air mata yang mahu mengalir.
Umi Ana mengusap lembut belakang Puan Suri dengan penuh simpati. Kasihan wanita ini di uji dengan ujian yang maha hebat.
"Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni Ana. Saya marah, kecewa dan sedih. Apa dosa saya sampai Ainul sanggup buat benda terkutuk tu belakang saya dengan suami? Didikan saya pada anak-anak masih tak cukup ke Ana?" Rintihnya dengan sebak.
Sebaik saja dia keluar daripada bilik Ainul, terus dia ke rumah Fatin untuk meminta bantuan daripadanya untuk tempah grab ke madrasah.
Fatin hairan tetapi melihat keadaan Puan Suri itu dia tidak bertanya apa-apa. Risau dengan keadaan Puan Suri yang menangis tiba-tiba itu, Fatin meminta izin daripada ibunya untuk menghantar Puan Suri ke madrasah. Mujur ibunya memberi keizinan.
Sampai madrasah je terus Puan Suri berlari ke arah Ain yang kebetulan sedang berbual dengan Fariz di tepi kolam. Ain yang terkejut melihat keadaan ibunya seperti itu menoleh ke arah Fatin. Fatin hanya menjongket bahu tanda tak tahu apa-apa.
Jadi, di sinilah mereka duduk untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Jujur, dia sendiri tidak menyangka kakaknya itu telah bertindak sejauh itu.
"Suri jangan cakap macam tu. Kalau didikan Suri tak cukup tak mungkin Suri mempunyai anak sebaik Ain. Allah tidak akan beri dugaan melebihi kemampuan hamba-hambaNya. Dia tahu Suri mampu sebab itu Dia duga Suri dengan dugaan seperti itu." Tutur Umi Ana dengan lembut.
"Tapi saya tak kuat Ana. Sa-saya rasa macam saya seorang ibu yang gagal."
Luluh hati Ain mendengar rintihan Puan Suri itu. Terus dia mendakap erat tubuh Puan Suri.
Fariz menghela nafas berat. Kasihan sungguh dia melihat keadaan Puan Suri. Jika pagi tadi wajah Puan Suri asyik dengan senyuman tetapi malam ini wajah ibu mertuanya itu penuh dengan tangisan kecewa.
Dia sendiri tidak sangka Ainul sanggup melakukan perkara terkutuk itu. Nauzubillahiminzalik...
"Ibu tak gagal dalam mendidik kakak dengan Ain. Ibu adalah ibu yang terbaik dalam dunia. Jangan salahkan diri ibu okey? Ain sayangkan ibu." Pujuk Ain dengan lembut. Belakang Puan Suri dia usap lembut.
"Tapi kenapa Ainul sanggup buat macam tu? Dia tak sayang ibu ke?" Air matanya kembali mengalir.
Sungguh Ain tidak tahu mahu memujuk ibunya itu seperti apa lagi. Puan Suri betul-betul kecewa dengan Ainul.
"Ayah macam mana?" Soalnya ingin tahu.
"Lepas dia pukul Ainul, dia keluar entah ke mana. Ibu naik lepas tu tiba-tiba ayah kau muncul. Maki hamun apa semua terus dia keluar tak tahu ke mana."
Fariz terus teringat yang dia bertentang mata dengan Encik Karim di bawah pokok. Pantas saja wajahnya membengis.
Ain diam. Dia yakin pasti badan Ainul berbirat dengan lebam sana sini. Dia pernah kena jadi dia tahu rasa sakit yang Ainul rasakan saat ini. Entah kenapa dia jatuh kasihan pada Ainul. Walaupun Ainul kerap mencari gaduh dan memfitnahnya tetapi sedikit pun dia tidak berdendam dengan kakaknya itu.
"Maaf kalau pertanyaan Fariz ni agak sensitif tapi anak dalam kandungan Ainul tu dia nak jaga atau gugurkan?" Soal Fariz secara tiba-tiba.
"I-ibu tak tahu..." Dalam keadaan dia beremosi seperti ini dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan.
"Suri walau apa pun yang berlaku, anak itu adalah amanah daripada Allah. Berdosa besar kalau kita abaikan tanggungjawab yang diberikan kepada kita. Andai Ainul ataupun Suri dan suami tak nak terima anak itu, saya minta sangat-sangat jangan gugurkan. Besarkan anak dalam kandungan tu dan apabila saat anak itu selamat dilahirkan berilah pada saya. Saya dengan rela hati akan menjaga anak itu." Tutur Umi Ana dengan senyuman nipis.
YOU ARE READING
INDAHNYA SABAR √√
Teen Fiction[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...