Cuaca pada hari itu tenang sekali.Bunyi kicauan burung sangat merdu sehingga menarik minat untuk Fatimah Azzahrah menoleh ke arah burung tersebut.Derapan kaki tetap berjalan dengan agak laju memandangkan perpustakaan universiti akan tutup sebentar lagi.
Alhamdulillah,sampai juga aku ke perpustakaan.Ucapan tahmid yang tidak pernah lekang daripada mulut Fatimah.Fatimah seorang wanita yang berpurdah.Dia disegani rakannya kerana kesopanan dan kelembutannya yang mampu menarik minat untuk mengeratkan tali persahabatan dengannya.
"Maaf cik.Pada hari ini kami tutup kerana proses penyelenggaraan,"nyata daripada pengawas yang berada di situ.
"Oh.Agaknya bila boleh buka kembali?"tanya Fatimah dengan lembut sekali.
"Insya-Allah,minggu depan,"sambil senyuman disedekahkan kepada Fatimah.Fatimah berlalu daripada situ.Beginilah Fatimah.Tidak pernah rungut dengan sesuatu yang terjadi.
_________________________________________________________
"Ya Allah,aku dah lambat."tidak semena-mena Muhammad Ali El-Iman melanggar seseorang dan menyebabkan barang daripada seseorang itu terjatuh.
"Allah.!!!" Seseorang itu terkejut.
"Allahuakbar.Maafkan saya.Saya betul-betul tak sengaja"sambil mengutip buku yang bersepah di situ.
"Awak cedera ke?"
"Tidak." Fatimah mahu sepantasnya untuk pergi daripada situ.Hatinya tidak penasaran. 'Ya Allah,kenapa hati ini?'.Fatimah terus pergi daripada situ.Bukan dia mahu bersikap sebegitu tetapi hatinya yang bergetar.
__________________________________________________________
"Assalamualaikum....umi.Ali dah balik," salam diberi kepada umi kesayangannya.
"Waalaikumussalam...eh,ini buku siapa?Banyaknya umi tengok?"uminya berasa pelik dengan buku yang berada di tangan Ali.
"Oh,ini buku perempuan tadi.Ali terlanggar dia.Kesian dia umi.Ali tak sempat bagi buku dia,"mukanya yang agak risau.
"Tak apalah,pergilah naik dulu.Solat lepastu turun makan,"lembut uminya menuturkan kata-kata kepada anaknya.
Ali berasa tidak berasa sedap hati.Hatinya berdebar. 'Ya Allah,kenapakah hati ku ini?'Soal dirinya.Hatinya mengatakan ingin membuka buku yang berada di atas mejanya. 'Milik orang!!!"Halusinasi mula berkata.
"Astaghfirullahala'zim.."Terus mulutnya beristighfar lalu untuk memulakan solat.Dan niatnya untuk membuat assigntment yang mula membukit.
"Alhamdulillah..selesai juga assigntment aku.Terima kasih Ya Allah."Langkahnya terus pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat witir.Itulah sunnah Rasulullah SAW.Selesai melakukannya,Ali memulakan bacaan ayatullah iaitu Surah Al-Mulk.Hadis mengatakan sesiapa yang membaca surah Al-Mulk,kuburnya akan terang.Subhanallah...
___________________________________________________________
"Mana buku aku ni?"Rungutan lembut Fatimah.Tiba-tiba...
YOU ARE READING
Cinta Ali dan Fatimah.
General FictionTersusunnya kisah cinta antara Ali dan Fatimah.