"KAU memang tak nak tengok muka aku ke?" Soal Harith sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Afrina menoleh lalu menjeling tajam ke arah Harith. "Siapa nak tengok muka kau? Tak ada hesmes mana pun" balas Afrina selamba.
Kini mereka berada di rumah Puan Salmah. Rumah kampung tetapi tidak masalah bagi Harith. Baginya harta hanya harta. Tapi cinta ehek! Salah eh salah.
Harith tersenyum ke arah Afrina. Sikap kasar gadis itu bukanlah sikap semula jadi dari dirinya. Mungkin ada sebab kenapa gadis itu bersikap kasar.
"Kau ni kasar kan? Cuba cakap lembut sikit. Kan elok tu" tegur Harith sambil datang menapak mendekati Afrina.
Afrina terus bertindak menunjukkan buku limanya dihadapan wajah.
"Kasar atau tak. Itu bukan urusan kau. Baik kau baliklah. Orang kaya mesti tak selesa duduk rumah kampung. Maklumlah sentiasa duduk 5 bintang atau terlebih bintang" bidas Afrina tanpa memandang wajah Harith.
Terjungkit sinis bibir Harith.
"Aku kaya itu dah takdir aku. Rezeki aku. Nasib aku. Aku suka duduk kampung. Mama aku pun ada kampung. Lagipun kat rumah ni ada bidadari yang aku nak" selamba Harith membalas. Alis kanannya terjungkit jungkit.
Meluat Afrina dibuatnya.
"Mangkuk lah kau ni"
"Aku manusia. Bukan mangkuk"
"Dasar sepupu Adudu"
"Aku manusia bukan alien"
Afrina menghembus nafas geram! Ada saja lelaki itu balas. Dia terus beredar dari situ. Telinganya dapat menangkap gelak tawa daripada Harith. Tanpa dia sedar,senyuman terukir dibibirnya.
Kepala digelengkan berkali kali. Malas mahu melayan kerenah lelaki itu. Entah datang dari sudut mana terus saja muncul dalam hidupnya. Ada kang kena karate. Afrina melangkah laju ke arah ruangan dapur. Tidak tahu silap dimana,baru saja dia ingin menyentuh anak tangga rumah untuk ke dapur terus saja terjelopok menyembah lantai rumah Puan Salmah.
GEDEBUK!
"Aduhhh"
Semua mata terus terus tertumpu ke arah Afrina. Bukan apa,dia terkejut melihat kelibat Harith yang sedang elok meneguk air sejuk.
Eh si mangkuk ni benda halus ke apa. Getus hati Afrina.
"Tahulah nampak jodoh. Janganlah tunjuk perangai tak semenggah kamu tu" tegur Puan Salmah sambil tergeleng kecil. Tangan sibuk menguli tepung.
YOU ARE READING
𝐀𝐟𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐧𝐢𝐬𝐚 | BIDADARI TERAKHIR UNTUKNYA (SU)
De TodoKnown as Harith Naufal Under His Series 2 { 𝐈𝐭'𝐬 𝐨𝐮𝐫 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲,𝐥𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐚𝐧𝐠𝐞𝐥 } Harith Naufal~Sesorang jejaka yang sungguh,segak,kacak,usahawan berjaya suka buat lawak dan dia juga seorang yang tegas. Seorang CEO di syarikat yang...