HAA-8

77 6 0
                                    

 AFRINA Anisa merenung lama susuk tubuh yang tidak asing pada pandangan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AFRINA Anisa merenung lama susuk tubuh yang tidak asing pada pandangan matanya. Terus saja teringat perjanjian mereka beberapa minggu lepas. Nafas panjang dihela.

Langkah dibuka dan menapak mendekati Harith Naufal yang sedang tersenyum manis kepadanya. Senyuman itu Afrina Anisa balas dengan senyuman kecil sahaja.

Tepat dihadapan jejaka itu. Dia terus memandang tepat ke arah anak mata hazel jejaka itu. Cantik mata! Hujung kasut mereka hampir bertemu.

"Hello Miss Afrina" riang saja kedengaran Harith Naufal menyapa. Tangan kanan melambai lambai ke arah gadis itu. Afrina Anisa hanya beriak biasa.

"Encik buat apa dekat sini?" Soal Afrina Anisa. Saja mahu bertanya padahal dia sudah tahu tujuan jejaka dihadapannya itu apa.

"Seminggu yang lalu. Kau lupa ke janji kita?" Soal Harith Naufal dengan hujung bibir yang terangkat sinis.

Afrina Anisa mengeluh perlahan.

"Encik. Sekarang ni saya tengah kerja. Saya tak ada masa nak layan perangai buaya Encik ni" balas Afrina dan berlalu pergi ke arah meja pelanggan yang baru saja pergi.

Harith Naufal terus mengambil tempat dia meja bersebalahan dengan meja tempat gadis itu bersihkan. Matanya ralit memandang setiap inci wajah ayu itu. Tiba tiba timbul niat mahu mengusik gadis itu.

"Yuhuu.. Awek" Harith Naufal memandang Afrina Anisa sambil mengenyitkan matanya. Gadis itu sedang sibuk membersihkan meja.

"Encik.. Encik.boleh diam tak?" geram kedengaran nada suara Afrina Anisa.

"Tak"

"Encik pergilah. Encik tak makan pun kan. So lebih baik Encik pergi. Saya tak ada masa nak layan Encik yang sewel ni" arah Afrina Anisa. Nada suaranya cuba dikawal sehabis yang boleh.

"Tak nak"

"Ya Allah. Encik. Tolonglah pergi" boleh naik hantu Afrina Anisa dibuatnya.

"Pergi mana? Hati kau ke? Eh aku nak je" balas Harith Anisa dengan wajah yang selamba.

Afrina Anisa mendengus geram.

"Lantak Encik lah!" Afrina Anisa yang mahu berura ura pergi terus terbantut apabila Harith Naufal bertindak menarik apron yang digunakan oleh Afrina Anisa.

Terkejut Afrina Anisa dibuatnya.

"Eeeeeee apa Encik ni?!" marah Afrina Anisa. Tajam matanya memandang wajah Harith Naufal.

"Date dengan aku selama sebulan" sama seperti seminggu yang lalu. Harith Naufal masih berusaha untuk tawan hati gadis itu.

𝐀𝐟𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐧𝐢𝐬𝐚 | BIDADARI TERAKHIR UNTUKNYA (SU)Where stories live. Discover now