HAA-12

39 3 0
                                    

"KAU bersiaplah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU bersiaplah. Mummy ajak makan kat rumah dia malam ni" ujar Harith pada Afrina yang sedang fokus pada ikan di dalam kolam. Punggung dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan Afrina.

Afrina memandang ke arah Harith. "Kenapa ajak aku pulak?" soal Afrina pelik.

"Manalah aku tahu. Takkan nak tinggalkan kau sorang kat rumah ni" ujar Harith pula. Dia mencapai keropok yang berada di atas meja itu.

"Aku dah biasalah tinggal rumah ni sorang-sorang. Kau je yang tak tahu" ujar Afrina. Dia turut sama mencapai keropok.

Harith mencebik. Ada saja gadis itu membalas. Memang semua perempuan tidak mahu mengaku kalah. Selagi boleh lawan. Teruskan lawan.

"Nah" kotak segi empat tepat kecil dihulurkan kepada Afrina. Manakala Afrina memandang pelik ke arah Harith dan kotak tersebut.

"Apa pulak kali ni?" Soal Afrina. Teragak-agak dia menyambut huluran Harith itu. Wajah Harith dipandang kosong.

"Ambil jelah. Senang aku nak contact kau nanti" arah Harith dengan nada yang lembut.

Afrina sambut huluran tersebut lalu mengeluarkan isi kotak tersebut.

"Aku rasa terhutang budi sangat dekat kau. Banyak benda kau dah buat untuk aku. Makan pakai aku semua kau tanggung. Nanti aku ada duit aku bayar balik" ujar Afrina. Nada suaranya jelas kedengaran rasa bersalah.

"Senang je kau nak balas. Kahwin dengan aku. Automatik semua terbalas" sakat Harith bersama senyuman manis terukir dibibir.

Afrina yang sedang membelek telefon itu terus memandang tajam ke arah Harith. "Kau memang taknak guna otak kau dah ke?" Soal Afrina dengan penuh maksud yang tersirat. Jelingan tajam diberikan oleh Afrina kepada Harith.

Tergelak kecil Harith dibuatnya. "Aku gurau je. Tapi kalau betul pun apa salahnya. Kan?" Sakat Harith lagi sekali. Kali ini tawanya pecah kerana melihat wajah Afrina yang jelas menahan geram.

Lama mereka mendiamkan diri. Masing-masing duduk dalam dunia sendiri.

JEDA.

Harith memandang ke arah Afrina. "Aku nak tanya kau lah. Benda apa yang kau tak suka kat lelaki. I mean perangai lelaki" Harith memecah kesunyian antara mereka.

Afrina terus membetulkan duduknya dan menghadap tepat ke arah Harith yang tidak jauh jaraknya daripada tempat dia duduk. Afrina menoleh ke arah Harith. Kening kanan dijungkitkan ke atas

"Kau betul nak tahu?" Duga Afrina.

Harith angguk perlahan. "Yup! Kalau ada ciri-ciri tu aku bolehlah ubah untuk kau. Tak gituh cik Afrina?"

𝐀𝐟𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐧𝐢𝐬𝐚 | BIDADARI TERAKHIR UNTUKNYA (SU)Where stories live. Discover now