Kahar's POV
Akhirnya, aku sudah menamatkan pengajian aku di KUDRAT. Segala rintangan yang aku sudah lalui, aku sudah ke tahap ini.
You know what, I got straight A's in SPM. Tak study pun, tahu - tahu cemerlang. Aip, jangan cakap aku meniru ye. Aku tahu perangai aku mengalahkan setan, tapi jahat - jahat aku, aku tak pernah meniru. Not my style.
Aku sekarang masih belum kembali ke pangkuan keluarga. Ya, kau rasa ayah aku boleh terima aku balik dengan apa yang aku buat selama ni? Malas lah nak fikir.
'Woi, Kahar! Kau ni asal termenung mat?', entah dari mana si Hakeem ni muncul aku pun tak tahu lah. Tiba - tiba ada kat belakang.
Aku masih tidak menjawab pertanyaan Hakeem.
'Kau ni asal mat, termenung je lately. Teringat pasal KUDRAT?' Aku menggeleng.
'Dah tu? Come on, Kahar. Rindu nak jadi 'kapla' balik ke bro?'
'Mana ada. Aku cuma teringat mak ayah aku.', kata aku kepada sahabat dunia akhirat aku, Hakeem.
'Faham tho. Kau balik lah Kelantan, jumpa diorang. Kau tak pishang ke duduk kat Ipoh ni? Asyik hadap muka aku je 24 jam.', ujar Hakeem kepada aku.
'Kau rasa kalau aku balik, ayah aku masih boleh terima anak macam aku ni ke?', tanya aku kepada Hakeem.
Aku masih ingat lagi sewaktu aku masih di KUDRAT, aku disumpah serana, dimaki, dihina oleh bapa ku sendiri.
FLASHBACK
Ayah menampar mukaku berkali - kali di hadapan ibuku.
'Anak tak guna! Aku tak ajar anak - anak aku buat kerja terkutuk macam ni lah!' Ayahku mencapai tali pinggangnya lalu melibas diriku. Sakit, namun aku hanya menahan kesakitan itu.
'Abang, jangan lah pukul dia.', Ibu ku berpihak kepada aku.
'Dia ni patut dapat balasan macam ni. Dia dah malukan keluarga kita, awak faham tak?!'
'Tapi, dia tetap anak awak.'
'Anak? Ni anak? Aku tak ada anak macam dia ni.'
END FLASHBACK.
'Aku faham perasaan kau sekarang ni tapi kau kena fikir perasaan mak kau juga. Dia sayang kan kau. Kau balik lah jumpa diorang. Mesti ibu kau rindu kau.'
Aku terfikir sejenak. Ada betul juga cakap Hakeem tu. Tapi, aku belum bersedia nak hadap diorang.
'By the way, kau nak kerja tak? Sebab kat Bar yang aku kerja tu perlukan orang..', Hakeem menukar topik, tiba - tiba cakap pasal kerja.
'Kerja apa je yang ada kat Ipoh ni?'
'Kat Bar aku, jadi Gigolo. 50,50.' Cis, kampret punya member.
'Kau biar betul nak bagi aku kerja macam tu? Aku masih ada maruah ye, Hakeem.'
'Lek laa, Kahar. Aku gurau je lah. Kau gila aku nak bagi kerja macam gitu.'
'Habis tu?', tanya aku kepadanya.
'Still kat Bar but antara Barista, Bouncer. Alah, bukannya kerja tak elok pun.', kata Hakeem kepada aku.
'Ok, aku nak kerja tu.' Takpalah, asalkan bukan kerja yang bukan - bukan.
'Esok, aku tanya bos aku macam mana. Kalau dia ok, aku bawak kau jumpa bos aku.'
'Orait, sahabat.'
****
WALAUPUN CERITA INI SANGAT MEMBOSANKAN, ADA SAYA PEDULI?😭👍🏻
YOU ARE READING
PHC Level Up! // Abdul Kahar X Adelea Farisha
FanficAmir Ahnaf as Abdul Kahar (seperti biasa) Reader as Adelea Farisha Ikuti kisah perjalanan seorang bekas 'Kapla' yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dan bertemu dengan seorang gadis di tempat kerjanya iaitu Adelea Farisha. Dan temui juga KUDRA...