17

17 3 0
                                    

Noah bermain dengan pennya. Kertas-kertas kerja yang berselerak di atas mejanya dibiar sahaja. Lamunannya terhenti saat pintu pejabatnya dibuka dari luar.

"Noah"

"Yad, asal datang? Tiba-tiba je"ujar noah. Kakinya bergerak ke sofa di dalam pejabatnya.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau ni. Kau busy ke?"

Hayyad melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dapat dilihat wajah kusut abangnya, membuatkan dia semakin bersalah ingin mengatakan hasratnya.

"Bincang pasal apa ni?"

"Company"

"No"sepatah noah menjawab tegas.

"Noah, sampai bila kau nak bekerja bawah orang? Kau ada company sendiri, company family!"

Noah mendengus kuat. Memang keluarga dia ada company sendiri. Namun dia tidak suka mengusutkan kepalanya memikirkan banyak hal. Dia lebih suka bekerja sebagai arkitek. Menyemak otak je, kau faham tak

"Kau ada. Kau urus la"

"Bro, kau tahu kan apa cita cita aku? Aku nak jadi doktor. Now aku dapat tawaran ke peringkat phd. Aku dah tak mampu nak handle company."

Noah mengusutkan rambutnya. Kenapa la sejak dua menjak ni banyak sangat masalah yang datang. Dengan kehadiran arash lagi, buat dia semakin resah. Keselamatan airin semakin dibimbangkan. Tambahan airin kini asyik diam dan tak tentu arah.

"Bagi aku sikit masa lagi, yad. Tunggu aku settle kan projek aku ni. Then aku pegang company"

Hayyad mengangguk sebagai balasan. Lega rasanya bila noah bersetuju dengannya.

"Noah, bro aku ras-.." noah dan hayyad memandang dian yang baru saja masuk ke dalam pejabatnya.

Jangan pelik kenapa hayyad dan dian boleh selamba masuk je ke bilik pejabatnya. Staff staff company ni dah cukup kenal muka muka hayyad dan dian yang bagai pelanggan utama di pejabat noah.

"Aku keluar dulu" ujar hayyad

"No, kau stay."arah noah. Dian mengambil tempat di sebelah hayyad.

"Aku tahu kau tahu pasal airin dan arash. And aku nak minta tolong kau"

Dian memandang hayyad aneh. Macam mana pula si hayyad ni boleh tahu? Setahunya, yang tahu tentang airin dan arash hanya dia, noah dan arwah hariz.

"Kau tahu lebih banyak dari aku kan,lebih banyak dari dian..kan hayyad?"ujar noah sambil tersengih sinis. Matanya tajam memandang adiknya.

Hayyad hanya diam tidak mampu mengeluarkan sepatah pun kata. Dia sungguh terjerat oleh abangnya.

"Tell me..everything about you, hariz, arash and airin. Everything"

●●●

Airin menopang dagu berseorangan di kaunter cafe nya. Kalau diikutkan, hari ni dia tak dapat keluar langsung kerana noah melarangnya. Namun dengan kuasa suara yang comel dan pujukkan airin, noah mengizinkan dia keluar ke cafe dengan syarat ditemani isya

"Kau fikir apa, nyah? Sampai aku pun kau abaikan. Kesian tau aku kena palau"ujar isya tak puas hati.

Ada jugak aku sepak budak ni karang. Ajak orang tapi diri kena palau. Nasib la dapat seketul airin sebagai kawan

"Nothing. Kau ada nak makan apa-apa? Aku buatkan"

"Tak ada. Weyh nyah, dengar la ni aku nak cerita" isya menarik badan  airin agar memandangnya.

NOAH ZALISYAWhere stories live. Discover now