2015
"Eyka! Siot laa. Macam tu je kau sepak mikha" airin pegang perutnya. Senak pula bila ketawa kuat.
"Cari pasal dengan aku lagi. Tu makan dia!"
Airin menggeleng. Nasib la ada kawan macam ni. Airin membuka zip beg nya lalu mengambil pencil casenya.
"Kau nak study dah ke? Hah elok! Ajar aku math weyh"ujar eyka.
Walaupun eyka dan airin ni boleh dikatakan nakal di sekolah tapi mereka berdua sangat mementingkan akademik mereka. Sebab tu pihak sekolah tak boleh nak buat tindakan berat kepada dua gadis itu. Nak nak lagi keluarga eyka dan airin yang selalu memberi sumbangan kepada sekolah.
"Kejap lagi la math tu. Aku nak buat bm dulu. Apa kata kau datang rumah aku petang nanti. Aku ajar math"
"Cun!"
"Arash!" Airin memanggil arash yang berada di mejanya. Bukan main focus lagi main pubg. Arash tak apalah, tak belajar pon result selalu mantap. Entah ilmu apa mamat ni pakai.
"Yow!"
"Kau nak lepak rumah aku tak petang nanti? Eyka nak study math"
"Boleh! Tapi aku pergi saja. Malas la study." Airin berdecit. Tak sedar spm nak dekat!
Airin memandang pula hayyad yang berada di sebelah arash. Haih macam mana la dua ketul tu boleh jadi kawan baik. Seorang gila game, seorang lagi study je memanjang.
"Airin, apahal kau tengok hayyad macam tu?"soal arash. Hayyad turut memandang ke arahnya bila terdengar namanya disebut.
"Kepala hotak kau. Aku tengok kau la"
"Hah?! Kau tengok aku? Kau dah syok kat aku ke, mantap la rin. Laju kau confess, aku tak ready lagi"
Airin membulatkan mata. Eyka disebelahnya dah senak perut gelakkan dia. Airin mengambil gamnya dari pencil case lalu dilempar tepat kena kepala arash.
"Adoi! Senorita, sakit gilaa!!"
"Main-main lagi dengan aku."
Hayyad menggeleng kepala. Dan macam zoo je kelas 5 sains ni. Asyik yang bising tu arash dengan airin je. Muka sama je yang buat bising tu! Nasib baik la dia tak tergolong dalam golongan beruk macam arash.
"Yad, kau nak datang sekali tak? Jom la weyh. Aku risau la aku seorang lelaki. Hilang teruna aku kena dekat rin nanti"
"Eii kau ni memang nak kena dengan aku la, rash!" Airin menarik rambut arash kuat.
"Fish, airin! Rosak rambut aku!"
"Biar! Aku nak bagi botak terus!"
●●●
"Kau kena ingat rumus ni je kalau nak buat soalan ni. Yang graf ni paling easy" airin menghulur kertas graf kepada eyka. Tekun eyka membuat graf yang telah diajar oleh airin.
Spm ada 2 minggu lagi. Kena kerja keras kalau nak jadi kaya. Nak harapkan sugar daddy, entah bankrup dulu aku kikis!
Airin menyambung kerjanya setelah mengajar eyka. Sesekali dia mengerling hayyad di depan eyka dan sesekali dia melihat arash yang ralik bermain game. Rumahnya saat itu kosong, hanya dihuni oleh mereka beempat sahaja.
Dian sudah bergerak ke universiti nya. Dua adik kembarnya pula masib belum pulang dari tuisyen. Ibu dan ayahnya? Macam biasa. Sibuk dengan kerja. Dan kebetulan pula orang gaji nya tiada kerana pulang ke kampung

YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...