20

13 3 0
                                    

Airin membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya naik memicit pelipis nya. Berpinar matanya bila cahaya terang menyapa pandangannya.

"Aku kat mana ni?" Soalnnya sendiri. Matanya memandang sekeliling. Bilik itu terasa asing kepadanya.

"Baby, dah bangun ?"

"Arash?" Airin memandang arash aneh. Macam mana pula dia boleh ada disini? Baru dia perasan bilik ini bilik milik arash.

"Wehh, asal kepala aku sakit sangat ni?"

"Sakit?" Tangan arash naik mengurut kepala airin yang kini bebas tanpa sebarang pelitup.

"Weyh, tudung aku mana?!" Airin menarik selimut menutup keseluruhan tubuhnya. Cuba menutup rambutnya dari dilihat arash

"Aku dah tengok, senorita."

"Sial la kau. Kau keluar sana! Apahal aku boleh ada kat sini ni? Hantar aku balik rash"

"Sorry baby. Tapi sekarang kau akan duduk dengan aku. Forever"

Airin mengerut dahi.

"Rash..k-..kau dah kenapa?"

Airin mengesot ke belakang apabila melihat arash yang semakin mendekatinya. Arash merangkak mendekati airin, melihat airin yang semakin mengundur dia menarik lengan airin.

"Kau tu yang kenapa, senorita? Aku dah cakap kan teruskan rancangan kita untuk batalkan pertunangan kau tu"

Airin menolak dada arash namun tak mampu menjejaskan arash. Wajah arash mendekati leher airin menghidu di situ.

"Arash kau jangan nak melampau!takkan disebabkan rancangan bodoh tu kau nak buat aku macam ni?"

Arash memandang airin tajam. Tangannya mencengkan lengan airin. Wajahnya didekatkan di wajah airin.

"5 tahun airin"

"5 tahun aku tunggu kau la sial! Tapi kau buat aku macam tunggul! 5 tahun aku sayangkan kau tapi kau boleh sukakan orang yang kau baru kenal tak sampai setahun?!"

Air mata airin mengalir laju. Tak sangka sahabatnya yang dia sayang itu menyukainya. Kalau la..kalau la dia tahu lebih awal dia takkan rapat dengan arash. Layanannya terhadap arash selama ini bagai memberi harapan kepada lelaki itu.

Dia mengaku layanannya terhadap arash istimewa berbanding yang lain. Arash sahabat yang paling rapat dengannya. Lebih rapat dari eyka malah lebih rapat dari ibu bapanya sendiri. Oleh itu dia sangat sayangkan arash. Arash ada saat dia dalam kesunyian. Arash ada bila dia jatuh. Arash ada bila dia menangis. Dia sayangkan arash. Sangat.

Tapi perasaan cinta itu belum mampu hadir untuk arash. Dia tidak mahu kerana perasaan suka itu akan meruntuhkan persahabatan mereka. Oleh sebab itulah, dia mengunci rapat hatinya dari suka kan arash. Dan sekarang..dia tidak menyangka arash akan menyukainya.

"Arash...jangan buat aku macam ni. Ak-aku minta maaf rash. Aku sukakan hariz. Aku sayang kau rash. Tapi cukup sebagai sahabat"

Arash ketawa sinis. Benci rasa mendengar nama saingannya. Entah apa yang hebat dengan lelaki itu pun dia tidak tahu.

"Lepaskan aku, rash. Kita mulakan semula. Kita lupakan kejadian hari ni."ujar airin lembut. Cuba untuk memujuk arash.

Walau apapun berlaku, dia takkan tinggalkan arash. Mungkin kejadian hari ini dapat menimbulkan kebencian terhadap arash tapi dia tak mampu.

Airin terlalu sayangkan arash. Sehingga tak mampu untuk membenci lelaki itu.

"Tch..lepaskan kau? Jangan harap! Oh..kau nak tengok sesuatu?" Arash senyum sinis.

NOAH ZALISYAWhere stories live. Discover now