Sebutan of Isla
( ai - la )ISLA mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor yang tertera di papan iklan besar. Setelah beberapa minggu mencari kerja, akhirnya jumpa pekerjaan yang sangat sesuai untuknya mengisi masa lapang dan mengumpul duit. Bukan sahaja itu, malah boleh mengasah pengetahuannya dalam ke arah bidang penanaman. Menanam adalah salah satu kegemarannya. Gaji yang ditampal majikan tersebut tidak masuk akal. Terlalu banyak tapi tak ada manusia pun yang mahu mengutip nombor tersebut.
“Assalamualaikum...”
Isla gelabah.
“Waalaikumussalam.”
Gerangan yang menjawab seperti seorang wanita sedikit tua.
“Saya ternampak kerja kosong sebagai tukang kebun, jawatan tu masih available lagi ke?”
“Ya, masih available. Awak berminat ke?”
“Ya, puan. Saya berminat.”
“Bagus. Kalau macam tu awak boleh datang ke alamat yang saya mesej untuk interview sekarang.”
Membulat matanya.
“S—sekarang?”
“Ya, ada apa-apa masalah ke?”
Si gadis menelan air liur.
“Tak ada, puan.”
“Bagus.”
“T—”
Tidak sempat untuk dia berterima kasih, talian mereka diputuskan oleh orang sebelah sana. Tercengang dia di situ sambil merenung telefonnya. Beberapa saat kemudian, satu mesej timbul di dada skrin.
YOU ARE READING
The Mob's Gardener
Romance[ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* Jadi pekebun untuk encik mafia? Apa-apa sahaja boleh terjadi. Siapa tahu? ISLA DAMINI dengan gembira mengisi borang untuk menjadi tukang kebun di sebuah rumah orang kaya. Peluang didepan mata teru...