"Tahniah lah, Ida... Dah ada menantu, cantik pulak tu..." Tegur Mak Leha.
"Terima kasih, Leha... Alhamdulillah. Saling suka menyukai, kalau dilambatkan perkahwinan nanti, ada pulak yang mengata... Tak sedap mata memandang." Balas Mak Ida, mak mertuaku.
Aku yang sudah berada dalam bilik itu sekadar mendengar perbualan antara ibu-ibu itu. Terasa bahagia dihati tetapi masih terasa nervous dengan gaya kehidupan yang baru. Takut sekiranya berbuat kesilapan biarpun aku sedar bahawa itu merupakan fenomena yang normal manusia lakukan.
Seketika aku duduk di penjuru katil sambil menatap kearah lantai dengan fikiran yang mendalam, aku terdengar bunyi derapan tapak kaki menuju kearah pintu kamar yang aku duduki diikuti dengan suara seseorang bercakap.
"Dah kahwin kawan aku sekarang ye... Dulu kau bukan main cakap yang aku kahwin dulu, tengok-tengok... Dia dulu yang kahwin." Suara 1.
"Haha... Aku pun tak sangka akan jadi secepat ni... Tapi apa-apa pun, berbalik kepada perancangan Allah SWT. Seindah-indah perancangan manusia, indah lagi perancangan Allah." Balas Darwisy, suamiku.
Tiba-tiba, jantungku berdegup kencang seketika mendengar suara Darwisy. Aku jadi panik sehinggakan aku terperanjat bangun dari duduk ku lalu mencari tempat untuk bersembunyi. Bukan apa... Aku masih belum bersedia untuk berhadapan dengan suami aku.
"Dahlah, aku cau dulu... Malam ni, ada saudara-mara yang akan sampai." Kata Darwisy.
Sebaik sahaja dia berkata demikian, bunyi derapan kakinya semakin kuat kedengaran di telinga ku. Aku pun bergegas mencapai kain batik dan tuala mandi lalu meluru kearah bilik mandi.
Habis lantai kayu rumah mak mertua aku berbunyi seperti kanak-kanak yang sedang bermain, bergurau senda disebabkan aku. Sempat aku tutup pintu bilik mandi sesaat sebelum suami ku masuk bilik.
"Awak tengah mandi ke?" Laung Darwisy.
"Y-ye! S-saya baru masuk!" Balas ku dengan sedikit gagap.
Kedengaran seperti suaranya sedang tergelak kecil... Mungkin terhibur dengan gagapan ku atau aku je yang perasan lebih?
Aku pun mulai membuka selendang yang menutup helaian rambut ku. Lalu, aku cuba mencapai zip baju perkahwinan aku yang berwarna kuning keemasan itu.
Aduhai...
Aku...
Tak...
Dapat...
Capai...
Segala tenaga telah ku kerah untuk mencapai zip tersebut tetapi masih tiada hasil. Aku takda cara lain. Benda ini mungkin bunyi macam cliché sebab dah banyak keluar dalam drama. Aku kena suruh laki aku bukakan.
KAU GILA KAH?! Walaupun kitorang dah sah suami isteri, benda sangatlah awkward antara kitorang. Ya Allah, kenapalah aku diuji sehebat ini. Kalau aku tak keluar dan minta tolong, aku takkan mandi. Dan kalau aku tak mandi, nanti saudara-mara dia datang, apa pulak diorang cakap nanti.
"Awak okey ke dalam tu?"
EH?!! Tacod... Macam mana dia tahu aku dalam masalah?...
"Saya dengar awak macam ada buat... Bunyi tadi... Awak perlukan apa-apa ke?"
YA ALLAH! Aku lupa ni rumah kampung, semua benda boleh dengar...
"Saya... Saya nak minta tolong..." Kata ku dengan suara yang sangat kecil dicelah pintu bilik mandi yang aku belum buka.
YOU ARE READING
Bukan Aku Tak Cinta
General FictionSememangnya, orang-orang yang bercinta lalu berpasangan ini selalunya berkepit 24jam seperti layaknya suami isteri, sedangkan hubungan percintaan ini belum sah. Lain pula jadinya apabila dua pasangan yang bercinta tapi jarang bertemu akibat kesibuka...