10 minit masa berlalu, namun tiada satu pun suara yang keluar dari mulut mereka berdua. Hanya mata sahaja yang bergerak-gerak memandang sesama sendiri.
"Stop la buat-buat tak tahu. Mana airin? Seminggu dia hilang. Aku tahu kau tahu dia di mana" hariz menyedut minumannya. Dia masih tenang membalas pandangan hayyad
"Aku tak tahu"
"Yad, aku tahu kau tahu something. She's my future wife. Please, yad" ujar hariz separa merayu. Hatinya rasa tak enak bila teringat tentang airin.
Pernah dia bertanya tengku aina tentang keberadaan airin, dan tengku aina hanya menjawab bahawa airin bersama dengan arash. Tapi ni sudah seminggu. Siapa je tak susah hati bila bakal tunang sendiri tak dapat dihubungi selama seminggu.
Okey la normal sebenarnya bagi dia. Sebab hariz memang seorang yang jarang bermain dengan telefonnya. Tapi telefonnya sering bernyala dengan notifikasi daripada airin. Bukan dia balas pon. Kalau balas pun jarang betul. Bukan sebab malas layan airin tapi dia harus jaga batasnya. Dia dan airin masa belum halal.
Tipula kalau cakap tiada sekelumit pun rasa suka terhadap airin. Gadis itu selalu sangat kacau dia. Sampai dia sendiri jadi sunyi bila tak dikacau oleh airin.
Hayyad mengusap belakang tengkuknya. Sebersalah dengan hariz. Dia tahu airin bersama dengan arash tapi dia tak tahu di mana. Arash ada banyaj tempat tinggal. Dan dia sudah pergi ke semua tempat tinggal arash namun tetap airin tidak dijumpai.
"Aku bukan tak nak tolong, riz. Aku tak tahu dia di mana"ujar hayyad.
"Arash. Dia mesti dengan arash kan.?" Hayyad balas dengan anggukkan. Kalau boleh sebenarnya dia tak nak beritahu hariz tentang apa yang dilakukan oleh arash. Arash sahabatnya walau apapun terjadi.
Tapi salah tetap salah. Apa yang dilakukan oleh arash salah disisi undang-undang. Dan dia berasa bersalah terhadap airin. Bukan airin sahaja, malah tengku zaid dan tengku aina.
Dia tipu ibu bapa airin dengan mengatakan bahawa airin masih melancong bersama arash. Padahal, airin telah diculik oleh orang yang paling ibu bapa airin percaya.
Terhimpit. Itu yang hayyad rasakan.
"Riz...sebenarnya..."
●●●
"Senorita ...aku dah pernah cakap jangan cuba lari dari aku"
Arash mengelus pipi airin lembut. Tangannya naik mencengkap tudung airin.
"Rash..please, rin tak nak duduk sini. Please rash. Mana arash yang aku kenal? Kau bukan arash. Kau bukan arash yang aku kenal"
Arash berdecit seraya tersengih sinis. Jarinya mengusap pipi airin dan menghapus air mata yang tidak henti mengalir. Sakit melihat air mata airin yang mengalir kerananya. Tapi ini saja cara untuk buat gadis itu sedar dan patuh kepadanya.
"I'm still your arash, baby. Senorita... tak boleh ke? Tak boleh ke kau nampak aku sekali je. I'm weak. Aku pun manusia biasa. Aku nak rasa disayangi. Aku nak rasa dicintai oleh orang aku aku cinta. Cukup la mummy aku tinggalkan aku. Cukup daddy aku buang aku. Aku tak nak hilang kau. Sumpah aku tak sanggup"
Tangan arash memegang wajah airin. Dia melekapkan dahinya menyentuh dahi airin. Airin memejam matanya. Hembusan nafas arash menyapa wajahnya.
"Rash...aku sayang kau rash. Dan aku takkan tinggalkan kau"
Arash senyum hambar. Tak tahu nak rasa gembira atau tak mendengar luahan airin. Dia sendiri tak tahu ucapan itu ikhlas atau kerana terpaksa.

YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...