Bab 2
KEESOKKAN harinya, Isla mula membersihkan daun-daun kering ke dalam plastik sampah. Berpeluh-peluh dahi di bawah cahaya matahari yang panas terik. Baru perasan bahagian penanaman, dia seorang sahaja. Pekerja lain semua di bahagian maid, chef, garage, driver. Mungkin disebabkan itu, dia diterima kerja di sini.
“Hai...”
Isla pusing ke belakang. Lelaki agak kacak berdiri di hadapannya dengan senyuman lembut.
“Hai?”
“Saya Iqbal.”
Si gadis membetulkan tudungnya yang senget.
“Hai Iqbal, saya Isla.”
“Tahu nama awak Isla. Kecoh satu rumah bila ada pekerja baru sebagai pekebun.”
Isla hanya mengangguk.
“Kenapa tak ada orang bekerja bahagian ni?”
“Sebab tak tahan panas...”
Isla melihat Iqbal atas bawah.
“Awak boleh tahan panas ke ni dengan saya?”
Iqbal menggaru lehernya.
“Boleh tapi saya bahagian dapur. Tukang masak sekali dengan chef lain. Kadang-kadang kalau tak ada kerja saya cantikkan pokok-pokok dekat bahagian halaman rumah.”
Isla angguk.
Okey...
“Awak dah siap kerja?”
“Belum, saya nak kemas semula pokok bunga yang dah mati...”
Iqbal senyum.
YOU ARE READING
The Mob's Gardener
Romance[ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* Jadi pekebun untuk encik mafia? Apa-apa sahaja boleh terjadi. Siapa tahu? ISLA DAMINI dengan gembira mengisi borang untuk menjadi tukang kebun di sebuah rumah orang kaya. Peluang didepan mata teru...