POKOK bunga yang baru tumbuh dipindahkan ke dalam palsu yang masih elok. Isla telah memberi cadangan kepada Mak Ejah untuk menggunakan barang-barang yang boleh dikitar semula sebagai palsu atau baja namun di halang kerana risau tidak mengikut kesukaan majikannya. Dalam hati mendengus geram, kenapa kena ikut dengar cakap majikan kalau majikan sendiri tak tahu apa. Barang yang boleh dikitar semula, kita gunalah balik.
Tak ada pembaziran.
Tengah hari ini cuaca agak mendung, cahaya matahari ditutup awan mendung. Mungkin kerjanya untuk menanam akan tergendala kalau hujan turun.
Mulut masin tengah menanam biji benih, hujan lebat turun. Cepat-cepat si gadis berlari ke dalam rumah. Tudungnya dan bajunya habis basah lencun. Jam tangan dilihat, nak masuk waktu zohor.
Isla lekas naik lalu mandi dan menunaikan solat zohor setelah masuk waktu. Rambut dikeringkan dulu dengan pengering rambut. Selesai kering, rambut disepit sanggul dan menyarungkan tudung.
Tiba untuk makan!
Sampai sahaja di bawah, ramai telah mengambil tempat. Sofia dan Sarbrina melambaikan ke arahnya. Isla tersengih sambil mendekati mereka.
“Bau baby kau ni!”
Isla cemas membau dirinya.
“Kuat sangat ke?”
Sabrina geleng. Isla melepaskan nafas lega ingatkan bau yang kuat.
“Bila kita dekat-dekat macam ni aje bau...”
“Ha! Kau nak ikut tak aku pergi library? Aku dengar sir tak ada harini.”
Isla angguk.
“Nak!”
Sabrina geleng. Sofia sengih.
YOU ARE READING
The Mob's Gardener
Romance[ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* Jadi pekebun untuk encik mafia? Apa-apa sahaja boleh terjadi. Siapa tahu? ISLA DAMINI dengan gembira mengisi borang untuk menjadi tukang kebun di sebuah rumah orang kaya. Peluang didepan mata teru...