SEPANJANG petang itu, Isla hanya membaca buku dalam cahaya malap ditemani bunyi hujan. Semua buku yang dipilih diletak di atas lantai. Pelbagai jenis genre buku dibaca kerana minatnya kadang-kadang mudah berubah. Sekejap misteri, sekejap romance, sekejap seram dan banyak lagi. Sedang membaca genre romance, tiba-tiba tersuka pula pada karakter hero yang gentleman dan soft spoken. Dalam hidupnya, tak pernah lagi mempunyai teman lelaki kerana haram.
Tapi orang lebih percaya dengan alasan dirinya tak cantik dan terlalu bosan.
“Isla.”
Kepala dongak.
“Hud? Bila awak sampai?” Daripada baring terus duduk. Tudungnya dibetulkan.
Lelaki itu muncul berpakaian sut tapi rambut basah lencun. Baju sut turut basah. Wajahnya nampak sedikit pucat. Sah lelaki itu duduk di bawah hujan kalau basah macam ni.
“Awak tak bawak payung ke?”
Hud geleng.
Si gadis berdiri lalu menyuruh lelaki itu duduk di sofa panjang di tepi tingkap. Kemudian mengarah lelaki itu untuk membuka kot bajunya. Kot diletak tepi sofa. Lengan lelaki itu menutup dahinya seakan pening kepala.
“Apa aku nak buat ni?” gumamnya sendirian.
Jam dinding dilihat, lagi beberapa minit masuk waktu asar. Isla mengetap bibir, kesian untuk meninggalkan lelaki itu buat sementara waktu.
Tedetik hatinya memikir macam mana lelaki itu mahu meneruskan kerja? Tak apakah kalau seharian ini lelaki itu tidak buat kerja kerana jatuh sakit? Sir baik hati, tidak mungkin sampai kesihatan pekerjanya tidak terjaga. Pandai-pandailah dia cuba membuat alasan.
“Saya solat sekejap. Awak pergi mandi dulu dan nak solat dulu pun boleh nanti awak datang sini semula. Saya bawak makanan suam untuk awak,” bisiknya kepada lelaki itu.
YOU ARE READING
The Mob's Gardener
Romance[ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* Jadi pekebun untuk encik mafia? Apa-apa sahaja boleh terjadi. Siapa tahu? ISLA DAMINI dengan gembira mengisi borang untuk menjadi tukang kebun di sebuah rumah orang kaya. Peluang didepan mata teru...