Bab 5

140 26 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEBERAPA hari telah berlalu, Sabrina dan Hud telah baik daripada demam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEBERAPA hari telah berlalu, Sabrina dan Hud telah baik daripada demam. Hubungannya dengan Hud semakin baik namun sering lelaki itu membuat jantungnya berdegup laju. Setiap kali mereka dekat, jantungnya berdegup laju. Hatinya bercelaru. Kini Isla boleh meneruskan tugasannya dengan hati yang tenang mengetahui mereka sudah sembuh. Gembira pula melihat cuaca indah harini, teruja untuk menanam.

Sambil menanam bunga dan mengemas kawasan taman bunga, mulut menyanyi lagu.

“Senangnya dalam hati,”

Bunga pasu disusun.

“Kalau beristri dua,”

Ulat hijau, beluncas lalu di hadapannya.

“Oh seperti dunia—Eik!”

Terkejut dibuatnya melihat mata beluncas itu menghadapnya. Badan beluncas itu diangkat lalu diperiksa badan haiwan itu. Beluncas menggeliat mahu dilepaskan.

“Awak ni perosak pokok tau, awak tak boleh duduk sini,” bebelnya pada beluncas tersebut lalu dicampak jauh dari taman bunga.

“Isla?”

Kepala menoleh ke sisi. Serta merta bibir mengukir senyuman. Isla berdiri sambil menepuk-nepuk tapak tangannya daripada sisa pasir.

“Zafri!”

Lelaki itu tersenyum. Pakaian lelaki itu  bersut lagi, bukan pakaian biasa.

“Isla...”

“Saya tak nampak awak pun, awak kerja bahagian apa?”

Zafri menggaru lehernya.

“Saya kerja bahagian supplier. Itulah yang selalu tak ada dekat sini. Kadang-kadang sahaja ada sini,” jelasnya perlahan.

Isla angguk, faham.

“Hud demam haritu, awak okey?”

Zafri senyum dan angguk.

“Saya okay.”

Lelaki itu melihat taman bunga seketika sebelum melihat bunga-bunga di halaman rumah.

“Patutlah sejak-sejak ni kawasan rumah nampak cantik, ada orang jaga rupanya...” Zafri memandang si gadis.

Isla senyum malu.

“Tak adalah, kadang-kadang Iqbal tolong saya.”

Kening Zafri bercantum.

“Iqbal? Iqbal tukang masak?” Isla angguk.

“Dia suka awak ke?”

Terbuntang matanya mendengar kata-kata lelaki itu.

“Mana ada. Dia kawan saya, Zafri.” Si gadis berkata dengan tegas.

Zafri angguk.

“Okey. Just be careful okay? Takut ada orang jealous bila ada orang dekat dengan awak,” gurau lelaki itu sambil menjeling ke tingkat atas. 

Isla pula yang keliru.

“Siapa nak jealous?

Zafri mengangkat bahu sambil senyum misteri sebelum masuk ke dalam rumah. Isla memandang suspicious, banyak agenda betul kawan Hud ini.

“Isla!”

Siapa pulak ni?

Isla berpaling ke belakang.

“Sofia!”

Bibirnya tersenyum lebar.

Sahabatnya berlari mendekatinya dengan muka risau. Berterbangan habis rambut dengan nafas tercungap - cungap. Dia menyuruh Sofia untuk mengambil nafas terlebih dahulu. Risau pula melihat wajah pucat kawannya. Botol air yang belum diusik dihulur. Tenganga mulutnya melihat air botol diteguk habis.

“Air saya!”

Sofia mengelap bibirnya.

Sorry! Aku haus sangat!”

Isla geleng. Dari manalah si kawannya berlari.

“Kenapa awak panggil saya?”

Sofia dengan selambanya duduk di atas bangku lalu kangkang besar macam lelaki. Isla menyimpan gelak melihat kelakuan kawannya yang kasar ini.

“Kau bercakap dengan siapa tadi?”

“Zafri?”

Air botol diletak tepi.

“Kau panggil dia Zafri?”

Isla angguk, mula risau.

Kenapa? Salah ke dengan panggilan tersebut?

“Kenapa Sofia?”

“Isla, itu kawan sir tau.”

Isla ternganga kemudian geleng.

“Awak biar betul?”

Sofia angguk, serius.

“Tapi dia kata dia pekerja dekat sini,” ujarnya perlahan.

Yes. He is. However, dia bukan pekerja sini. Encik Zafri orang kanan sir. Hari tertentu sahaja dia datang sini jumpa sir.”

Hatinya terasa disepak kuat sehingga lebam. Setiap kali bernafas dadanya terasa sesak. Zafri cuba meruntuhkan segala kepercayaannya terhadap lelaki itu? Zafri menipu? Akal cuba menindakkan lagi.

“Zafri ada kawan dekat sini. Zafri selalu jumpa pekerja dekat sini.”

Tubuh kawannya mengeras.

“Siapa Isla?”

“Hud, pekerja yang Zafri jumpa.”

“Hud pekerja dekat sini.”

Wajah sahabatnya pucat.

“Isla...”

“Hud Numair ialah sir.”

Edited.

26 MAC 2023

Jangan lupa kumpul pahala banyak-banyak. Jaga diri tau.

Cepat-cepat beli tau.
Harga PROMO TERHAD ❗ kepada 70 orang pembeli terawal SAHAJA. Lebih daripada itu, harga asal.

Bai

Terima kasih semua.

The Mob's GardenerWhere stories live. Discover now