TEASER 1

150 21 2
                                    

“Isla...”

Tubir mata si gadis hangat. Rasa amarah tiba-tiba membuak kerana sakit hatinya belum pulih. Tangan memegang erat paip.

Pemandangannya tadi penuh dengan pokok-pokok bunga cantik kini bertukar dengan tali leher biru gelap dan coat suit. Terus dihala paip yang mengalir air ke arah lelaki itu dengan perasaan marah. Suit habis lencun tapi lelaki itu tidak bergerak langsung. Paip itu dijatuhkan ke tanah mahu berlari masuk ke dalam rumah.

Belum sempat si gadis meloloskan diri, lengannya ditarik. Matanya bertemu dengan sepasang mata menawan. Tangannya menahan dada lelaki itu daripada menariknya dengan lebih rapat. Tapak tangannya lembap disebabkan pakaian basah lelaki itu.

Air mata turun lebat.

“Saya tak nak cakap dengan awak atau awak lebih prefer sir,” marah si gadis. Habis merah muka kerana marah yang terpendam.

Hud memegang erat si gadis.

“Aku tak berniat nak tipu kau.”

Isla memandang tajam wajah kacak itu.

“Tipu. Masa saya sebut sir awak—” Jari telunjuk mencucuk dada lelaki itu kuat, “—sepatutnya betulkan saya. Cakap siapa diri awak tapi tak. Awak tipu saya. Awak memperbodohkan saya dekat situ! Kawan awak pun sama! Saya percaya dekat awak!”

Turun naik dada mengambil nafas kerana amarah yang membuak. Sukar untuknya bernafas kerana dadanya terlalu sakit. Hatinya sakit sehingga tidak terkata. Tekaknya terasa dililit besi berduri.

Air mata semakin lebat turun.

“Awak dengan kawan awak tipu saya...” ujarnya perlahan, tersangkut-sangkut.

Teresak-esak si gadis menangis.

“Mesti awak gelakkan? Kenapa perempuan ni bodoh sangat?”

Genggaman lelaki itu pada bahunya semakin erat. Ekspresi wajah Hud berubah risau dan sakit?

“Isla...”

Please...”

Please, dengar penjelasan aku.”

Edited.

Tiga hari lagi harga promo akan tamat...

Kalau ada yang berminat, boleh tekan link di bio. Kalau tak boleh tekan, bagitahu saya. Nanti saya pm bagi link.

The Mob's GardenerWhere stories live. Discover now