"Aqil, baik kau turun sekarang sebelum pecah kepala kau nanti!" lantang Hero mengarah. Kepalanya yang mendongak dari tadi buatkan lehernya lenguh. Tangan diangkat mengurut tengkuk.
Sudahlah mereka baru mendarat di UK. Diuji lagi dengan perangai senget si Aqil ini. Sekejap lagi Hero kena hadiri blind date yang ayahnya sudah aturkan.
Mana tak tertekan si budak Hero ini.
Sampai sahaja di airport, Aqil terus bergegas balik ke uni walaupun hari ini cuti.
Katanya dekat group confession uni ada kucing dalam bahaya, tak tahu nak mendarat lepas panjat tepi balkoni dorm orang dan perlukan dia untuk diselamatkan.
Tak—Aqil tak diperlukan pun sebenarnya.
Dan hal ini tak serius pun.
"Aqil! Kau reti faham bahasa ke tak?!" Pecah habis suaranya menjerit.
"Masalahnya jantan ini yang tak faham bahasa!" balas Aqil geram.
Jangan salah faham.
Ini bukan sketsa tailong datang tunjuk gangster semata-mata nak kutip hutang. Anak-anak kena faham, orang kaya tak pernah ada masalah dengan istilah 'hutang'.
"Kucing kalau faham apa yang kau cakap, aku rasa kucing dalam dunia ini lagi bijak lah daripada orang," perli Hero. Dia merengus kasar. Langkah diatur mendekati tangga panjang yang mampu mencapai suku bangunan empat tingkat dorm universiti ini. Tangannya mencengkam tangga itu kuat sebelum digegarkannya.
"Kau turun."
Ya, Aqil panjat dua tingkat balkoni dorm orang untuk selamatkan seekor kucing jantan.
"Tapi kalau kucing ini terjun macam mana—"
"Kau nak turun, atau kau nak aku naik?" Mata Hero tajam menjegil Aqil. "Meow meow, turun lah," pujuk Aqil.
"Eh, kena speaking. Nanti dia tak faham," kata Aqil.
"Yes, I know life is hard. But sometimes you need to fight for your freedom. Meow meow, this is so wrong. There's another way to go through this. It's okay, I'm here, meow meow. Don't jump! You'll die later." Tak cukup menaikkan darah Hero, kini dia menasihati binatang.
"Oi, kucing ada sembilan nyawa. Tapi kau kalau jatuh, terus tak bernyawa, tahu?!" Kecil besar, kecil besar sahaja Hero perhati si Aqil ini. "Eih, kau sabar boleh tak?!" marah Aqil. Rambutnya yang perang terang itu dikusutkan. Perlahan-lahan dia membongkokkan badan. Selusur balkoni dipeluk kuat. Dia berada di luar bahagian palang balkoni seolah-olah manusia ada banyak nyawa.
"Ha, kau nak buat apa pula tu?"
"Duduk situ diam-diam. Let me console this creature in peace!" Nada Aqil sederhana sahaja kali ini.
Aqil cuba menghampiri kucing itu untuk mengusapnya, tetapi pantas kucing tadi disambut seorang lelaki dari dalam dorm.
"Iman!"
"Apa?" sahutnya tak berperasaan. "Macam mana...?" Aqil memandang Iman pelik. Sliding door balkoni dorm siapa entah sudah terbuka luas di belakang lelaki tinggi lampai berkaca mata itu. Ternganga Aqil dibuatnya.
Iman menggosok hidungnya sekali. Kucing berbulu oren itu selamat dalam dukungannya.
"Ana pakai cable."
"Kau siapa sebernanya, duh?" Aqil tercengang. "That's what we call 'work smart, not hard'."
Iman mengorak langkah masuk ke dalam dorm. Sempat lagi dia bertepuk-tampar tangan dengan tuan badan dorm yang berinya masuk sebelum beredar.
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...