TEASER 2

38 2 0
                                    

Mia memandang sekeliling sekejap.

“Kenapa Mia?”

Mia tiba-tiba memeluknya buat beberapa saat.

“Isla, saya ada nak bagitahu awak something.”

Si gadis angguk perlahan.

“Awak tahu saya girlfriend sir awak?”

Telan air liur, terasa telan pasir. Kalau teman wanita majikannya mahu meneruskan topik ini terlalu lama, dirinya sendiri tidak pasti sama ada boleh menahan air mata daripada berjujuran ataupun tidak.

“Saya tahu awak suka Hud.”

Isla diam sambil memandang kakinya. Kalau Mia mahu menampar pipinya, dia bersedia.

“Saya tak marah awak, Isla...”

Isla mengetap bibir.

“Saya lagipun bukannya suka Hud.”

Isla menoleh ke sisinya. Kening bertaut tidak faham.

“Maksud awak, Mia?”

Mia tersenyum kecil.

“Budak kecil sendiri boleh tahu...” bisik Mia.

Isla tercengang kemudian geleng. Apa yang wanita itu cuba sampaikan? Adakah mahu menyeksa perasaannya dengan penipuan?

“Isla...”

Edited.

Kalau ada yang berminat, boleh tekan link di bio. Kalau tak boleh tekan, bagitahu saya. Nanti saya pm bagi link.

The Mob's GardenerWhere stories live. Discover now