"Ada orang lain selain dari kita disini." Ujar Damien dengan nada perlahan. Tangannya pula sudah mula memegang pedang pendek di pinggangnya.
"Macam mana kalau orang itu adalah salah seorang kaum awak?" Soal Aurelia.
"Tak. Itu tak mungkin. Mereka takkan suka-suka datang ke sini."
"Err, korang. Aku tak rasa kita patut risau tentang itu sekarang. Kita patut risau tentang ular-ular ini dulu!"
Nampaknya anaconda telah menjadi semakin banyak akibat darah yang mengalir dari anaconda yang telah mati itu. Dan ketika ini Erix sedang mencampakkan beberapa ekor ikan kepada anaconda-anaconda tersebut.
"Uh.. saya bukan apa.. tapi kenapa awak tak guna magik?" Cadang Aurelia. Meskipun sedikit takut, namun dia sangat yakin dengan kemampuan mereka bertiga.
"Apa? Awak fikir saya tak guna magik ke sekarang? Sampan ini? Dinding perlindung ini? Apa itu? Daun?"
"Tak, bukan itu tapi.." raut wajah Aurelia berubah serius. "Kita kena akhiri semua ini dan cari tempat untuk berehat malam ini."
"Ya, dah nak gelap ini. Lagi sukar kalau belayar malam hari." Damien bersetuju.
Erix tanpa sedar menggigit bibirnya sebelum meletakkan ikan-ikan yang berada ditangannya ke dalam bakul rotan lalu berdiri. "Damien. Aku pun ada sesuatu nak beritahu pada kau. Aku bukan sekadar pakar magik.."
Pada masa yang sama, muncul percikan merah daripada hujung jarinya.
"Aku adalah pakar magik separuh iblis."
Crack--
BOOM!
Dengan satu tujahan kilat, semua anaconda-anaconda yang berlingkar didalam air dan disekeliling sampan mereka mati hangus disambar petir.
Erix mengeluh. Dia tidak sangka dia perlu mendedahkan identiti sebenarnya kepada Damien secepat ini. Beberapa minit selepas Aurelia mendedahkan identiti sebenarnya pula itu. Tambahan pula sebab utama dia perlu memberitahu identitinya adalah kerana elf sangat sensitif dengan magik. Oleh itu, mereka boleh membezakan jenis-jenis magik yang digunakan.
Dan jelas sekali lingkaran magiknya berwarna merah kehitaman. Itu bermaksud magiknya mempunyai mana tulen daripada sihir hitam; yang hanya dimiliki oleh kaum iblis. Sekiranya dia tidak memberitahu Damien, Damien pasti akan bertanyakan hal tersebut kepadanya. Dan itu hanya akan merungsingkan keadaan sahaja.
"Aku dah agak.."
"Huh?" Erix dan Aurelia bersuara serentak.
"Aku dah agak sebab kau ada satu ikatan dengan iblis dari mula aku nampak kau tapi aku tak sangka pula yang kau adalah separuh iblis." Jelas Damien.
Memang tidak dinafikan Erix sedikit terkejut dengan kecekapan Damien dalam meneliti seseorang namun ia bukanlah hal yang terlalu mengejutkan bilamana Damien adalah kaum sindar elf tanpa campuran mana-mana makhluk lain. Oleh itu, Damien boleh mengenali aura dan tenaga magik orang lain daripada pandangan sahaja.
Bush.
Tiba-tiba air sungai disekeliling mereka mula berombak-ombak dan membuatkan sampan mereka terumbang-ambing.
"Tch, dah kenapa dengan air ini?" Aurelia mengetap rahangnya. Dia sudah sehabis baik untuk meredakan semula air sungai ini namun air sungai ini tidak menuruti kehendaknya. Bahkan ombak air ini juga menjadi semakin besar dan berombak dari setiap arah sehingga membentuk ombak berbentuk segi empat.
"Aurelia! Apa yang jadi?!" Soal Erix yang juga cuba untuk meredakan air sungai dengan magiknya.
"Saya tak tahu! Tapi saya tak dapat kawal air ini!"
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
ФэнтезиPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...