BAB 1|SEAT

235 11 3
                                    

BUNYI roda beg ku menghias seluruh lapangan terbang itu. Waktu agak lengang jadi bunyi jelas kedengaran sesiapa sahaja yang berada tidak jauh dengan ku.

Laju aku masuk ke dalam kapal terbang itu setelah bag aku siap diimbas.

Kaca mata hitam masih kekal di mata. Headphone yang sejak dari tadi berada di leherku , aku ambil dan pakai.

Lagu "Still With You by Jungkook" aku pasang. Lagu yang menceriakan mood aku.

Pramugari itu menunjukkan tempat duduk ku. Aku membeli seat yang agak lain dari yang lain kerana aku tidak ingin sesak.

Tiba-tiba aku ditahan bersama pramugari itu. Headphone aku cabut dan meletakkan di leherku.

"Why?" Tanyaku

Oh lupa! Aku sebenarnya dari London ingin balik ke Malaysia ingin membawa diri sejauh mungkin.

Lelaki berbadan tegap itu melihat pramugari itu.

"Oh maaf , dia dah beli dulu seat kat sini sebelum korang" ujar pramugari itu

Oh berbahasa Melayu? Maybe pramugari ni dari Malaysia? I don't know la.

"Find her another. Not here" tegas lelaki itu berkata

"Eh sukahati aku la nak seat yang mana. Aku beli , aku bayar guna duit aku. Kau siapa nak halau-halau bagai?" Marahku

Lelaki itu tampak terkejut. Maybe terkejut sebab aku berbahasa melayu.

Pramugari itu cuba menghentikan aku.

"Let her" tiba-tiba seorang lelaki menyampuk

"Okay boss"

Aku kembali memakai headphone dan duduk di seat aku. La lelaki yang dia panggil boss tadi duduk sebelah aku rupanya.

Tidak lekang mata-mata bodyguard dia dari tengok aku. Apa nak dirisau nya. Aku takda bawa senjata la senah.

Pilot mengumumkan yang kapal terbang ini akan berlepas. Aku boleh rasa dah kapal terbang ni bergerak. Aku sebenarnya ada fear naik kapal terbang.

Semasa kapal terbang itu naik , aku tanpa sengaja memeluk kuat lengan lelaki di sebelahku. Mata aku pejam , terjerit la sedikit. Takut , lagi-lagi kapal terbang ni macam bergoyang.

Bila sudah okay sedikit aku membuka mata. Nafas aku semakin laju. Aku melihat lelaki di sebelahku bersama matanya melihat tanganku yang berada di lengannya.

Laju aku tarik , bodyguard nya memerhati aku seperti hendak membunuh aku sekarang itu juga. Takut la macam ni.

Headphone aku lepas.

"Err , sorry. Saya tak sengaja , saya takut. Err-" aku cuba menjelaskan keadaan itu

Dia mengangkat tangannya menyuruh aku senyap. Laaa , orang nak jelaskan. Kau aku baling kang dari kapal terbang ni.

"Kalau apa-apa jadi dekat kau lepasni , aku tak bertanggung jawab. I am dangerous. Kau yang pilih untuk mati" ucap lelaki itu dingin

Apa maksud dia? "Ha?" Ujar ku tidak faham

Lelaki itu kembali fokus kepada tablet di hadapannya. Tidak menghiraukan soalan ku tadi.

Apala dia ni , ingat aku google ke boleh tahu semua benda. Geram la.

Aku memejamkan mataku , headphone aku pakai. Aku terlena.

TO BE CONTINUED

AZELIA's©Where stories live. Discover now