Bab 8

39 4 0
                                    

- 𝐉𝐢𝐰𝐚 -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- 𝐉𝐢𝐰𝐚 -


KAKU. Tangan Hara yang sedang mengacau teh panas itu berhenti tiba-tiba. Lama dia menunduk akhirnya Hara mengangkat wajah. Wajah yang suram lagikan pucat dengan mata sembab itu dipamer pada Jibrael.

"Hara."

Jibrael juga membalas pandangan. Mata bertukar redup dan lembut. Hara menangis sehingga jadi begini? Jibrael ketap rahang. Tiba-tiba rasa nak marah.

Kenapa? Kenapa Hara perlu bazirkan air mata kerana hal ini?

"Jibrael..."

"Ya, sayang." Tetap menjawab walau ada getaran di sebaliknya. Harus sabar.

"Mama masih tegaskan Hara fasal perkahwinan tu. Tadi juga mama ada larang Hara untuk jumpa Jibrael." Keluh Hara sekali air mata yang mengalir. Laju jari menyeka mutiara jernih itu.

Katanya mahu menjaga hati perasaan Dhafir jika dia keluar lagi bersama Jibrael. Habis perasaan dia? Mamanya betul-betul matikan perasaan untuk puterinya seorang ini.

Pentingkan diri sendiri! Itu yang boleh Hara katakan.

"Nampak sangat Mama Mona tak suka Jibrael, kan?"

Hambar! Hara dapat menangkap raut wajah Jibrael yang muram itu. Tapi hanya sekejap sebelum lelaki itu kembali riak tenang. Namun, bias wajah baru Jibrael langsung tak ambil endah oleh Hara. Jibrael... Terlihat kecewa.

Hara rasa sesuatu.

"Hara minta maaf. Hara tahu Jibrael kecewa dengan Hara sekarang ni. Kita dah buat persiapan tapi benda ni pula berlaku mengejut. Hara malu!" Hara tunduk balik. Rasa tak layak pandang Jibrael tika ini.

Banyak benda Hara takut. Dia takut kehilangan Jibrael. Kehilangan cinta Jibrael. Hilang setianya seorang lelaki demi kekasihnya. Sembilan tahun yang tidak dia sia-siakan akan musnah hanya kerana perbincangan mengejut semalam.

"Hara takut, Jibrael! Macam mana Jibrael lari dan tinggalkan Hara? Cinta Hara? Cinta Jibrael? Takkan lenyap macam tu? Ke..."

"Jibrael sanggup Hara kahwin dengan Ran?" Sambung Hara. Dan ujaran Hara buat mata Jibrael membuntang.

"Tak pernah sesekali Jibrael terlintas nak fikir atau buat macam tu Hara Qarissa. Benda apa yang rasuk Hara sampai fikir macam tu?" Tegas serta kerutan.

Boleh dia bayangkan Hara dan Dhafir semasa majlis berlangsung. Menerima sambutan yang ramai dan meriah. Wajah bahagia Hara saat Dhafir mengucup dan mengucap kata-kata cinta. Bersuap-suapan. Dan dia? Hanya melihat dari jauh dengan hati yang bergelora.

Kenapa... Kenapa... Hara nampak bahagia sangat? Adakah sebab Hara sudah lupakan dia? Sudah benci dan tidak cintakan dia? Nauzubillahiminzalik!

Jibrael mengeleng laju. Apa yang dia bayangkan sudah jauh dari apa yang mereka lalui sekarang ini. Tapi berat hatinya ingin lepaskan Hara kepada Dhafir.

"Dua puluh dua tahun kita kenal, tak pernah Jibrael rasa menyesal memiliki Hara. Dulu ya memang Jibrael sombong dengan Hara tapi hati Jibrael lembut juga dengan Hara. Katakan lah kalau ada lelaki rampas atau ambil Hara dari Jibrael, Jibrael tetap akan kejar sampai dapatkan Hara semula. Walaupun! Takdir menidakkannya," kata Jibrael. Tulus dari hati.

Hara terbungkam. Mata kembali berkaca. Tambahan pula suasana kafe itu kian senyap kerana sudah melepasi waktu makan tengah hari bagi para pekerja. Pengakuan Jibrael buat dia rasa ingin menangis.

Walaupun takdir menidakkannya. Ya! Ayat itu sungguh menyentuh lembut hati Hara. Mereka tidak tahu di mana takdir mereka berada. Sejauh manakah ia, sedekat manakah ia. Hanya menanti.

"Kita kena percaya qada' dan qadar. Percaya takdir itu selalu ada. Mungkin... Mungkin takdir tak menyebelahi kita. Hara tetap akan berkahwin dengan Ran. Sekalipun takdir kita ada walau hanya sekejap. Itu cukup buat Jibrael." Lagi-lagi senyum yang buat Hara rasa nak marah.

Jibrael terlalu positif! Dalam keadaan begini pun masih fikirkan tentang orang lain!

"Jibrael! Hara tak suka Jibrael cakap macam tu! Kenapa mesti fikirkan orang lain selain Hara? Cubalah Jibrael fikir kebaikan untuk kita pula? Apa jadi kalau kita dah tak sehaluan. Hara tahu... Jiwa dan hati Jibrael takkan tenang selagi Hara tak ada depan mata. Selagi Hara tak buat pilihan yang sebetulnya, kan?"

"So... Kahwin saja dengan Ran. Itu saja boleh buat Jibrael redha." Tenang.

Pang!

Terkedu. Kepala Jibrael terpusing ke kanan. Pijar rasanya. Seketika kepalanya turut pening mengejut. Kuat benar tamparan Hara tadi. Kali pertama Hara naik tangan padanya dan itu betul-betul buat Jibrael terkejut.

Nasib saja mereka ambil tempat agak jauh dari pelanggan lain. Tapi ada juga pelanggan yang tidak jauh dari mereka dan beberapa orang pekerja di situ melihat ke arah mereka. Mungkin mereka membuat andaian yang mereka berdua ada masalah hubungan jadi tiada masa untuk mengacau.

"Apa Jibrael cakap ni?"

Diam. Jibrael tak buka mulut. Masih terkejut dan kejung di tempat yang sama.

Hara mengeleng tak percaya. "Tak sangka! Jibrael sanggup lepaskan tunang sendiri. Kalau macam ni lah gayanya, memang patut mama buat keputusan tu!"

Usai kata terus Hara angkat punggung. Ambil tas tangan lalu bawa diri keluar dari kafe. Pandangan orang-orang dalam kafe itu tidak dihiraunya. Air mata merebes keluar diseka kasar. Sesekali esakan terletus. Baru sahaja mahu membuka pintu kereta, pergelangan tangan berlapikkan baju direntap Jibrael.

"Nak apa lagi?!" Tengking Hara. Dia marah.

Bila tengok muka lembut Jibrael terus buat dia rasa bersalah. Jelas kesan tamparan itu ada di sekitar rahang dan pipi Jibrael. Kuat sangatkah dia tampar?

"Jibrael minta maaf! Jibrael.. baru sedar apa yang Jibrael cakap tadi. Jibrael tak ada niat nak sakitkan hati Hara. Jibrael tahu yang Hara dah cukup sakit dengan benda yang berlaku ni. Maafkan, Jibrael? I know... What I said earlier made you mad and doubted me, right?" Lembut bicara Jibrael. Sungguh dia tak berniat nak lukakan hati Hara.

Dia sedar apa yang dia katakan tadi. Bila pandang ke depan sosok tubuh Hara tidak lagi menjadi hiasan mata. Saat itu juga dia angkat kaki mengejar Hara. Hati penuh rasa bersalah. Getar bibirnya melihat Hara menangis teresak-esak. Jibrael jadi marah dengan diri sendiri. Bodohnya dia! Bodohnya dia membuat Hara menangis kerananya.

Dia bencikan mutiara jernih yang mengalir dari mata cantik Hara. Hara tak layak menangis. Tak layak berduka.

"Tapi tak bermaksud yang hubungan kita akan membaik lepas ni kan, Jibrael? Bangkang apapun kita, kita tetap kalah dengan mereka. Setuju ataupun tak... Hara tetap akan berka-"

"No! I said no!" Meninggi suara Jibrael saat melarang. Makin kuat dia mengengam pergelangan tangan Hara.

"Jibrael dah janji dengan diri Jibrael sendiri. Jibrael akan pertahankan perkahwinan yang bakal kita bina ni. Sejahat, seburuk pandangan orang pun Jibrael tak kisah. Yang penting kita sah jadi pasangan suami isteri."

"Kehilangan Hara ialah mimpi buruk buat Jibrael."

Menitis lagi air mata gadis itu. Kali ini Hara dengan berani dia menangis di dalam dakapan Jibrael. Dapat dia rasakan keras kejung tubuh Jibrael saat dia memeluk lelaki itu. Kali pertama juga mereka berpelukan. Tapi dia tidak kisah! Dia terharu dengan kata-kata Jibrael sebentar tadi.

Tiba-tiba kotak fikiran terlintas wajah mamanya dan Dhafir. Keinginan seorang itu yang diidamkan lama. Apalah sangat nak dibandingkan dia yang berada di tengah-tengah situasi?

"Tapi mama... Jibrael," adu Hara dalam esakan.

Lama Jibrael diam sebelum mendapat panggilan dari telefon. Mereka leraikan pelukan lalu Jibrael mengambil telefon dikocek seluarnya. Nama si pemanggil, Jibrael pantas mendongak memandang Hara. Ikon hijau digeser.

"Ya, Ran."

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now