Pada malam itu, masing-masing membuat kerja masing-masing. Ada yang mengemas baju sebab nak pergi Seoul selesaikan misi, ada yang bergayut dekat tangga, ada yang terbongkang depan tv dan ada yang cakap dengan lantai.
"Weh, kau tak sakit ke bila kitorang pijak kau ni?" soal Vernon sambil matanya tidak lepas memandang lantai.
"Atok Enon tu dah kenapa?" soal Huening yang dari tadi perhati perangai pelik Vernon.
"Biar dia lah. Dia tengah bosan tu. Lepas ni mesti dia cakap dengan kipas" balas Minghao sambil mata tidak lepas memandang tv. Langsung tidak terkesan dengan perangai Vernon yang makin hari makin pelik.
"Kau tak penat ke berpusing dari tadi?" soal Vernon dengan kepala yang didongakkan memandang kipas siling.
Huening hanya memerhati gelagat Vernon. Tiber dia rasa nak join sekali walaupun dia sendiri tak tau apa faedah dia join si Enon tu.
"Jihoon, kau dah siap kemas ke?" soal Wonwoo dan diangguki oleh jejaka mungil itu.
"Kenapa?"
Wonwoo menghampiri Jihoon lalu duduk di sebelahnya. Dia memandang Jihoon dalam sedalam-dalamnya.
Mingyu yang bergayut kat tangga hanya mampu memerhati cinta hati dari jauh dengan hati yang pilu.
"Kita faham perasaan atok" ujar Yeonjun yang muncul secara tiba-tiba di tepi Mingyu.
"Eish kau ni nasib aku tak terjerit kat sini" Mingyu mengusap dadanya perlahan manakala Yeonjun hanya tersengih.
"Kau pahal pandang aku gitu? Dah tersyok kat aku ke?" soal Jihoon hairan.
"Eish mana ada. Aku nak bagi ni" Wonwoo terus menghulurkan gitar kepada Jihoon.
Jihoon menyambutnya dengan muka yang blur.
"Gitar ni hadiah aku untuk kau" ujar Wonwoo. Jihoon memandang Wonwoo dengan wajah yang keliru. Hadiah?
"Andai kata kau nak tinggal dengan anak kau nanti, aku harap kau tak lupakan kitorang semua" kata Wonwoo sambil tersenyum nipis.
Jihoon hanya mampu tersenyum kecil lalu memandang gitar di tangannya.
"Tak mungkin lah aku nak lupakan korang dan tak mungkin aku akan tinggal dengan anak aku"
Kata-kata Jihoon membuatkan Wonwoo mengerutkan dahi tanda keliru. Manakala Yeonjun dan Mingyu yang syok melayan drama mereka berdua hanya memasang telinga.
"Sebab aku tak rasa dia nak tinggal dengan aku"
Mendengarkan itu Yeonjun terus meluru ke arah Jihoon lalu memeluknya erat.
"Eh kau dah kenapa budak? Tiber peluk orang" Jihoon cuba meleraikan pelukan tapi apakan daya badan dia kecik jadi dia biarkan sahaja.
"Atok jangan risau. Kalau dia taknak tinggal dengan atok, biar kitorang yang tinggal dengan atok" ujar Yeonjun yang masih memeluk Jihoon.
"Macam mana korang nak tinggal dengan aku kalau korang ni idol?"
"Takpe, tu kitorang boleh handle. Asalkan atok ada kat sisi kitorang" Jihoon tersenyum mendengar kata-kata Yeonjun lalu mengusap lembut rambut Yeonjun.
"Gomawo"
🌤🌤🌤
"Byee gaisss!! I nak pergi hidup udara mewah di Seoul" ujar Soonyoung sambil melambaikan tangannya ke arah rakannya yang lain.
"Kau masuk je lah dalam kereta tu. Jangan sampai aku sumbat kau masuk enjin kereta baru tau" kata Joshua dengan wajah selamba.
Soonyoung terus masuk ke dalam kereta sebab dia gerun bila Joshua marah. Nampak je baik tapi bila dah marah boleh meletup rumah tu.
"Hati-hati di jalan raya!!" ucap Seokmin sambil tersenyum manis.
"Ok, Soobin cepat jalan!" kata Yeonjun sambil menepuk kuat bahu Soobin.
"Eish aku tau lah. Takyah ah tepuk bahu orang. Tahulah bahu dia tu tak mantap macam bahu aku" katanya lalu menghidupkan enjin kereta.
Kereta tersebut terus bergerak keluar dari perkarangan rumah svt atas jasa panduan cermat oleh Soobin.
"Diorang dah pergi. Sekarang ni kita nak buat apa?" soal Chan setelah melihat kereta tersebut hilang dari pandangan.
"Semua bersiap. Kita pergi cari si along yang dia pi berhutang tu. Jangan lupa bawak duit sekali" arah Jeonghan lalu masuk ke dalam rumah diikuti oleh yang lain.
*****
DOUBLE TROUBLE UPDATEEE!! Maaf sebab lama tak update ;-;. Btw, Horanghaee 💕✨
YOU ARE READING
Seventeen In Action!! [TXT ft. SVT] [Discontinued]
Fanfic(Sambungan dari book 'Babysitter'). Ahli TXT kini berdepan cabaran yang sukar dalam suatu misi. Misi apa tu? Misi mencari ATOK SEVENTEEN di Busan. Agaknya berjaya ke diorang cari babysitter diorang dulu? Mari ikuti pengembaraan mereka di Busan!! Sta...