13 | TIGA BELAS

97 11 0
                                    

Dalam perjalanan yang terik itu. Aku tidak henti memarahinya

"Kau nak aku mati awal ke ?!!!" Marah aku di telinga Rayyan kuat

"Huh ?" Rayyan dihadapan membalas

"Kau nak aku mati ke ?!!!" Kali ini aku jerit pula ditelinganya

"Huh ? Apa ??? Cuba cakap betul-betul. Aku tak dengar ni" jawab Rayyan sekali lagi

Aduh mamat ni. Pekak pula

"Aku cakap kau nak kita mati ke !!!!!" Jerit aku betul-betul ditelinganya. Tangan apa lagi mencubit pehanya

"Auchh... Sakitlah weh. Jap" Rayyan terus bagi signal ke kiri untuk berhenti di bahu jalan

Henti sahaja motor di bahu jalan. Rayyan terus memandang aku

"Apa ?" Aku berkata sambil menjelingnya

"Kau nak cakap apa tadi ? Siap cubit peha aku bagai. Kau nak peha aku terkoyak ke ?"

"Habis tu yang kau bawa motor macam nak pergi batu dua apa pasal pula ?" Aku menjawab menyampah

"Ye eh ? Aku bawa laju ke ?" Terasa dirinya bersalah hanya menggosok lehernya yang tidak gatal

"Tak ada lah laju mana. Kalau kau 'ter'break mengejut pun kurangnya dekat underground kita ni. Hidup juga kan" aku memerlinya

Bawa macam tak ingat aku dekat belakang. Nak mati awal gamaknya dia ni

"Sorry... Aku lupa aku memang suka bawa laju. Kau pula aku lupa suka bawa slow"

"Sudah lah. Aku menyampah dengan kau hari ni" aku menjulingkan mata dan terus memandang tepi

Rayyan tersenyum seketika. Dengan enjin motor yang masih hidup. Rayyan terus memusingkan badannya kehadapan semula

"Kita pergi beli barang dulu eh. Makan kemudian. Kau okay kan" sebelum memukan perjalanan sekali lagi

Kenderaan dua roda itu terus membelah jalan. Kali ini lebih perlahan dari tadi kelajuannya

"Nak beli barang apa ?" Soal aku pelik

Dia nak beli apa ?

"Saja je. Ni okay kan ? Sebab aku rasa lepas makan. Baru kita cari angin"

"Ikut suka kau lah. Duit kau. Bukan aku pun kalau keluar ni"

Tergelak kecil Rayyan dihadapan "Dah tanggungjawab aku, Ayka. Buat apa aku kahwin dengan kau kalau tanggungjawab kecil macam ni pun tak boleh buat. Buat malu lelaki je"

Selepas dari itu kami diam diatas motor. Aku bukan tak nak jawab tapi energi aku dah habis. Nak cas jap atas motor ni. Rayyan punya pasal lah. Bawa motor macam nak bawa pergi kubur

Dan aku hanya memandang langit biru. Nak main telefon tapi telefon aku dekat Rayyan. Malas nak minta

"Kenapa kau diam ?" Ujar Rayyan risau

Siapa tak risau. Tiba-tiba isteri diam..

Aku hanya geleng menjawab

"Cuba kau cakap sikit. Serius lah kau okay. Kau marah dekat aku eh ?! Ke kau sa-" belum habis bicara Rayyan, aku menyampuk

"Kau boleh tak diam sekejap. Kang aku hemput kepala kau bagi amnesia baru tahu. Bagi lah aku relax jap. Ni bising betul macam mak nenek" amaran keras dari aku

"Ohh sorry lah. Aku fikir kau marah aku. Risau aku. Okay aku diam" tergelak Rayyan pada hujung ayatnya

"Menyampah !"

Akhirnya destinasi yang dituju sampai juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Akhirnya destinasi yang dituju sampai juga

Rayyan mematikan motosikalnya dan menurunkan tongkat

Aku turun dari motorsikalnya dan terus membuka helmet

Baru sahaja buka. Helmet terus dirampas oleh Rayyan. Helmet itu digantung pada cermin sisi

Helmetnya di letak diantara kerusi dan bakul motorsikalnya sahaja

"Sini kau. Aku nak betul kan tudung kau" aku mendekatinya tanpa banyak bunyi

Rayyan betulkan tudung aku "Okay dah cun dah. Ni kalau pak imam tengok pun melonyot. Tapi jangan harap. Kau hak aku" ujar Rayyan bergurau. Aku gelak paksa melayankan Rayyan

Nasiblah kau Milayka dapat suami suka bergurau mengusik ni

"Aku minta maaf sebab tak mampu bawa kau naik kereta aku sendiri lagi. Tunggu aku sukses ya. Nanti kau yang pilih kereta untuk kita"

"Tak nak aku"

"Kenapa pula ?" Soal Rayyan

"Kau yakin ke aku dan kau akan jadi kita ? Kau ingat dengan jodoh macam ni, boleh ke takdir untuk kita ? Hati aku ni belum tentu untuk kau tau. Sudah. Jangan merepek" jawaban aku membuatkan Rayyan terdiam

Aku pandang Rayyan. Rayyan kemam bibir dan tersenyum kepadaku. Dari matanya aku pasti dia sedang terasa dengan ungkapan aku. Tapi ada aku kisah

"Em... Er... Jom lah masuk. Cari barang kau" Rayyan terus menarikku masuk ke dalam pasaraya pakaian itu

Aku tepuk kuat tangannya. Apa ni tarik tangan aku ni ! Mau tercabut nanti !!!

"Kalau ya pun terasa. Jangan nak tarik tangan aku bagai nak tercabut"

Rayyan yang baru tersedar terus melepaskan tangannya "Maaf"

Aku hanya mengangguk sambil membelek pergelangan tangan "Kau cakap nak beli kan aku apa tadi?"

"Kau tak nak beli baju sekolah ke ?" Rayyan menyoal aku

"Untuk apa ?"

"Kau lupa ya kau dah jadi murid biasa"

Aku diam sejenak. Ya tak ya kan...

"Jadi ?"

"Pergilah ambil. Aku bayar"

"Nak buat apa ? Baju sekolah aku masih ada. Baju tingkatan dua masih elok dalam almari rumah mommy. Lagipun badan aku maintain" jelas aku. Ye lah nak buat apa beli baru kalau dekat rumah mommy masih ada

"Itu tahun lalu. Tahun ni beli je baru"

"Membazirlah. Sudah aku tak mahu" aku tarik bajunya untuk keluar dari pasaraya pakaian itu

Rayyan seperti biasa mengeraskan tubuhnya. Nak kena simen ni gamaknya

"Sejak bila kau tahu membazir ?" Soal Rayyan pelik

"Sejak aku kahwin dengan kau" aku jawab tanpa ragu ragu

"Hm... Kau fikir aku tak ada duit ke ?"

Aku mengangguk. Ye lah kerjanya tidak, mana datangnya duit ?

"Aku ada duit lah. Kau fikir aku tak reti menabung ke"

Aku mengangguk "Ye lah. Aku tak nak susahkan kau. Mana tau kan duit semua ni kau pakai duit ibu ayah ke" aku beralasan. Dia ni memang nak susah kan diri ke huh ? Cukup lah duit tu untuk sara dia bila aku berpisah nanti

"Aku kerja lah. Dari awal kita kahwin, tak pernah sikit pun aku minta ibu ayah aku tolong. Ni semua hasil kerja keras aku. Right now aku cuti. Boss kata aku kan kahwin, bagi chance lah"

Aku mengangguk "Jadi ?"

"Pergi lah pilih baju. Baju lama kau dekat rumah mommy tu simpan je. Kau kan dah tanggungjawab aku. Jangan banyak songeh" dia tolak aku ke bahagian pakain sekolah

Aku buat muka pasrah apabila dipaksa

"Nanti membazir lah. Kan tahun ni je. Lagipun berapa bulan je lagi habis sekolah. Tak payah lah. Ak-" Rayyan terus meletakkan jari telunjuknya dimulut ku

"Banyak bunyilah bini aku ni. Kau pilih. Aku bayar. Kita keluar makan" tiada kata putus dari aku untuk kelaur dari sini gamaknya

Rayyan dah bagi amaran. Dengan pasrahnya aku mengikuti perintahnya

"Kas-" belum sempat aku bertanya pada Rayyan. Rayyan menyampuk

"Ambil semua. Dari tudung sampai kasut. Kau pilih je. Nanti aku tanya kakak kedai ni untuk saiz kau. No alasan lagi dengan aku. Aku tak nak dengar"

Dengan ini aku mengalah sebaiknya untuk tidak beralasan lagi. Kalau dengan Rayyan ni semua kena ikut kehendak dia. Tak boleh ke dengar kata aku ni. Rasa nak cubit-cubit je bahu dia bagi lebam

BERSAMBUNG...

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now