Chapter 4 - Kisah Cinta Yang X Jadi

122 9 0
                                    

Ad's POV

Korang mesti nak tahu kan, macam mana aku boleh jumpa lelaki yang bernama 'Nor Fakhri Bin Firdaus Ismet' kan? Walaupun sakit di hati masih ada bila teringat balik, tapi takpa. Demi awak - awak nya, meh lah aku cerita kan. Semuanya bermula ketika aku masih darjah 6...

FLASHBACK // TAHUN 2001

'Ad, malam nanti pakai cantik - cantik tau.', kata ayahku kepada aku. Waktu ni, mak aku pergi outstation biasalah kerja office kan. Abang dengan kakak aku pula ada kat asrama. Jadi tinggallah aku dengan ayah aku.

'Kenapa, yah? Ada tetamu ke?', tanya aku kepada ayahku.

'Haah, kawan ayah dengan anak dia nak datang. Ayah ajak diorang makan malam dan bermalam kat sini. Lagipun, diorang ni berada dalam kesusahan. Jadi apa salahnya kalau ayah tolong diorang.', jelas ayah.

'Ouh.', jawab ku ringkas.

Pada malam itu, mereka pun datang ke rumah. Kami menyambut mereka dengan gembira.

'Ad, ni Uncle Daus. Salam Uncle.' Aku bersalaman dengan ayah Fakhri, aku memanggilnya 'Uncle Daus'.

'Comel je. Nama apa ni?', tanya Uncle Daus. Sangat bersopan santun. Kiranya soft-spoken gitu.

'Ad.'

'Ouh, Ad.' Uncle Daus pun memperkenalkan anaknya kepada aku. Nak jadikan anak dia calon suami aku laa tuu Tibah!

'Ad, Ni anak uncle. Nama dia Fakhri.' Aku memandang ke arah Fakhri. Dia seperti takut-takut dengan aku. Mungkin jarang bergaul dengan orang. Fikir ku.

'Anak uncle memang macam ni. Tak pandai sangat bergaul dengan orang.' Faham. Ayah aku pun mempelawa mereka berdua untuk menjamu selera.

Macam-macam ayah aku berborak dengan Uncle Daus. Dari hal kerja, hal peribadi sampailah hal random. Bapak-bapak always the random one!

Selepas kami menjamu selera, ayahku dengan ayah Fakhri mengemas ruang makan. Manakala, aku sedang duduk di atas buaian yang agak besar sambil melihat bintang-bintang yang menghiasi ruang angkasa.

Tiba - tiba Fakhri datang dan duduk di sebelah ku.

'Hi, Ad kan?' Aku mengangguk. Comel dan kacak je Fakhri ni. Baru darjah 5 dah ada jawline.

'Haah. Kau Fakhri eh?', saja tanya sebab nak kan kepastian. Fakhri pun mengangguk.

'Kau tinggal dengan ayah kau je ke? Mana ibu dan adik-beradik kau?', tanya Fakhri kepada aku.

'Taklah, mak aku, adik - beradik aku ada je. Cumanya, mak aku outstation. Adik beradik aku semua kat asrama.', jelas aku kepada Fakhri.

'Btw, makanan malam ni sedap. Pandai ayah kau masak.', ujar lelaki itu. Dia tak tahu yang ayah aku ni masak sedap-sedap sebab ada tetamu datang je. Tak ada tetamu? Jangan haraplah aku nak merasa makanan sesedap ini.

'Kau nak tahu tak, ayah aku jarang nak masak sedap-sedap macam ni. Ni first time aku rasa masakan ayah aku sesedap ini.', kata aku kepada Fakhri yang ketawa kecil.

'Serius ah?'

'Haah, selalu ayah aku masak sup rasa air tau. Kari tak macam kari. Last - last, ayah aku masak maggi je untuk aku. Kalau mak aku ada, baru lah aku boleh makan sedap-sedap. Kedekut punya bapak.' Fakhri mengangguk faham sambil tersenyum.

Kitaorang pun berborak sampai larut malam. Macam-macam benda kitaorang borak. Dari situ lah kitaorang berkawan rapat. Keluar sama-sama, main game sama-sama, study pun sama-sama even umur kami beza setahun.

Dan, satu hari tu, waktu tu aku dh form 2, dia masih form 1.

'Ad.' Aku pun menutup novel yang aku baca.

'Ye.' Fakhri memegang kedua-kedua tangan ku.

'Aku-, dah lama suka kat kau. Sudi tak kalau kita jadi lebih dari seorang teman?' Aku terdiam, Fakhri suka kat aku? Mimpi ke ni?

Aku pun mengangguk tanda 'Ya'. Speechless. Fakhri pun mengukirkan senyuman. Sumpah aku cari time tu. Jarang lah wei, nak tengok mamat ni senyum.

Sejak dari itu, kitaorang menjadi sepasang kekasih.

Awalnya, semuanya normal. Biasa je. Tapi, lama - lama tu dia berubah. Dia bukan lagi Fakhri yang aku kenal sewaktu aku darjah 6.

Sehingga kan, aku dijadikan tempat dia melepaskan amarahnya. Aku kena pukul, kena dera dengan dia. Rumah ku dan rumah nya menjadi saksi.

Dan, aku memutuskan untuk putuskan hubungan itu. Dia pun seperti tidak kisah.

Tidak lama lepas tu, aku dikejutkan dengan video '3gp' Fakhri. Dalam hati aku tertanya, dia berubah sampai macam ni disebabkan aku atau sebaliknya?

****

Hi! Thanks for reading! Sorry dah lama tak update coz i ada kat asrama. And now i update ni pun time outing. So, sorry kalau ada kekurangan. If have any idea, just sent to inbox! Tq! - Nera.

PHC Level Up! // Abdul Kahar X Adelea FarishaWhere stories live. Discover now