AKU mengelap-ngelap rambutku setelah selesai mandi. Aidan masih belum naik ke bilik ini. Huh? Baguslah tu kan?
Tiba-tiba pintu dikuak dari luar.
"Awak pergi mana tadi?" Tanyaku melihatnya tercungap-cungap
"Aku sesat" ujarnya
Ha?
"Aku cari bilik kau la" ujarnya sedikit beku
Itula , tak reti nak bertanya kang sesat jalan. Padan muka.
Dia membuka butang bajunya di hadapanku , baju nya juga dia buka dan masukkan ke dalam bakul pakaian kotor.
Aku memerhati badan nya yang agak sasa itu , ada sixpack. Anjai. Dia bukan bigboy , just sedang-sedang. Macam badan KAI EXO. Hehe!
Tuala dia capai dan masuk ke dalam bilik air. Tidak lama kemudian , terdengar bunyi pancuran air hujan. Dia tak menyanyi ke? Humming ke? Cis , ni melanggar peraturan ni.
Senyap je , cuma bunyi pancuran air hujan je.
Aku menyambung mengeringkan rambutku sebelum tidur. Phone aku ambil dan charge. Tinggal 10% lagi. Dah 3 hari aku tak charge phone.
Oh ya? Aidan balik Malaysia kenapa ye? Nak tanya tapi tachod. Takpala , kita tanya bila kita dah rapat nanti ye. Sekarang masih stranger lagi.
Aidan menguak pintu bilik air dan sudah siap memakai bathrobe. Rambutnya dia lap perlahan. Lama aku memerhatinya , dia nampak hot bila buat macamtu.
Dia mengetuk meja makeup ku perlahan. "Hei" ujarnya
Suara dia!! Urghhh
"Kau nampak hantu ke?" Dia memandang-mandang belakangnya.
"Er , tak. Saya nak bagitahu , saya tidur kat sofa je. Awak tidurla atas tu" aku memberi tawaran
Dia duduk di kaki katil dan memandangku. "Tidur je la atas ni dengan aku. Aku tak nafsu la dengan kau , risau sangat" ucapnya
Terus murung jiwa raga aku yang teruja tadi. Dia gay?
"Betul?" Tanyaku
Dia menjeling dan baring. Mata dia pejam , aku perlahan membaringkan tubuhku di sebelahnya. Kalau dia apa-apakan aku , mandul dia besok.
Lampu aku tutup , cuma lampu sisi katil aku buka. Takdala gelap sangat. Dahla kekok tetiba jantan tidur tepi aku.
•••
"BANGUN, Subuh" serasa ada jari mencucuk-cucuk lenganku
Mata aku auto sepet bila terkena cahaya , mamai.
"Mandi , subuh sama-sama" ujar Aidan sudah siap berbaju melayu
Aku duduk memandangnya canggung. "Saya tak ingat" aku menggaru tengkukku
"Ikut je , lama-lama nanti kau pandaila. Cepat aku tunggu" arah Aidan
Aku bingkas bangun dan membersihkan diri. Terlalu lama dekat negara orang sampai lupa menyembah Allah maha esa.
Aku mengambil telekung yang diberi Rose semalam dan aku pakai.
Aku ikut saja rentak dan langkah Aidan. Beberapa kali aku memerhati dia , mesti batal kan? Berdosa sungguh hamba mu ini Ya Allah. Ampunilah daku Ya Allah , lupa beribadah kepadamu bila mana hamba bahagia.
Aku melihat Aidan menadahkan kedua tangannya , aku juga menurut.
Begitu merdu suaranya melantunkan ayat suci Al-Quran. Lembut masuk ke telinga. Aku tak sangka Aidan orangnya yang begitu. Aku fikir dia jenis yang bad-bad.
Dia menghulurkan tangannya. Aku sambut dan salam. "Lepasni , kemas barang-barang kau. Kita pindah rumah aku , aku dah bagitahu Mama dengan Papa semalam. Diorang kata okay" ujar Aidan
Aku hanya angguk , telekung aku buka dan sangkut.
Aku mahu kemas semua baju-baju untuk dibawa ke rumah Aidan.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
AZELIA's©
RomanceFirst book *Might be cringe becoz it's the first story that i write💀. *Banyak kesalahan bahasa, kosa kata, simpulan bahasa. *Happy reading~~~~ -------------------------- "Kalau apa-apa jadi dekat kau lepasni , aku tak bertanggung jawab. I am dange...