BAB 9|MANSION

74 8 0
                                    

SEBAIK sahaja aku bersetuju dengan Mama Papa tadi , kami berdua terus menghantar mama papa ke airport.

Erat aku peluk mama dan papa. Lepasni , susah nak jumpa.

"Jaga diri!!" Ini la perkataan yang last aku dengar.

Selepas menghantar mama papa ke airport kami terus bergerak ke rumah Aidan.

Rumah diani jauh ke dalam ceruk-ceruk. Macam mana la rupa rumah dia ni.

Aku terpesona melihat kawasan itu. Ada beberapa rumah sederhana di sekeliling nya namun ada sebuah rumah yang besar dari yang lain dan mewah.

"Ni rumah awak?" Tanyaku

Dia angguk. "Tu rumah mereka iyana" Aidan menunjukkan rumah yang tidak jauh untuk berjalan kaki itu terus aku berlari kecil ke sana.

Lepas majlis aku semalam diorang terus lari eh. Kemain dah ada rumah baru. Cis.

"Hello , kami polis" aku mengetuk pintu rumah itu kasar dan merubah tone suaraku

"Ha?!" Mereka agak terkejut di dalam.

Pintu dibuka kecil dari dalam. Muncul wajah iyana yang menilik.

"Heh! Kau ni kan , aku sepit jugak kepala kau kat pintu ni. Memain lak dia" marah iyana

Aku tergelak kecil

"Jomla , lepas kat rumah besar tu" aku menunjuk rumah Aidan

"Kau gile ke , tu bukan rumah kau nak lepak sembarang" marah iyana

"Siapa tu?" Tanya Rose

"Aze" ujar iyana

Terus pintu dibuka luas. Rose dan Ayesha berlari ke arahku. Tubuh kecil aku mereka peluk. Tenggelam aku dalam pelukan itu.

"Jomla" ajakku lagi

"Gi ane?" Tanya Ayesha

"Tu" aku memuncungkan mulutku ke arah rumah besar itu

Mereka terus menggeleng laju.

"Kenapa" tanyaku

"Bodyguard rumah tu , ngeri!" Ujar Ayesha menggeleng-geleng kepalanya

"Jomla , diorang mesti bagi punya." Aku terus menarik mereka bertiga mengikutiku

Kelihatan bodyguard Aidan melihatku. "Siapa?" Tanyanya

"Isteri Aidan" aku tersenyum riang

"Better kau semua keluar dari tempat ni sebelum Boss Aidan nampak. Sayang mati , muda lagi" ujar bodyguard nya

Aku tergelak kecil . "Betul , saya ni isteri Aidan" aku meyakinkan bodyguard itu lagi

Dia masih berdiri di situ , tidak membenarkan ku masuk. "Jomla Aze kita blah. Kang tak pasal-pasal kena tembak. Sia-sia selamatkan diri" ujar iyana ingin beredar

"Stop!" Aku menyuruh mereka supaya tidak berganjak. Aku tetap juga nak bawa diorang house tour rumah tu.

"Aidannn!!" Jeritku

"Jangan buat kacau kat sini. Pergi sebelum Boss Aidan keluar" bodyguard itu menolak nolak tubuhku

Hampir aku terjatuh namun ada seseorang menyambutku. "You better be careful" ujar suara itu tegas

Aku memusingkan tubuhku. Eh , aku pernah nampak dia ni.

"She's own by Aidan. Kalau Aidan tahu , entah-entah esok kau tak bernyawa dah" ujar lelaki itu

Bodyguard itu terus meminta maaf dan memberi ruang untuk kami masuk.

Ohhh! Dia ni Karl. "Are you okay?" Tanya nya

Aku angguk. Ayesha kaku memandang lelaki di hadapanku itu. Lelaki itu juga memandangnya. Kening lelaki itu berkerut.

"Korang , kenal ke?" Tanyaku

Karl dan Ayesha geleng. "Tak!" Mereka jawab serentak.

Pelik la dua ekor ni. Ke ex bf , ex gf ni?. Ele ele ele

"Apa bising-bising kat luar ni?" Tiba-tiba satu suara menegur lagi.

Karl memandang bodyguard itu kemudian menggelengkan kepala. Bodyguard itu tampak takut.

"Aidan panggil kau datang gak ke?" Tanya Karl

Darwish angguk. "Hai" dia menyapa kami semua. Riang je dia ni.

Kami semua masuk ke dalam rumah besar itu. Rasanya ni 'mansion'.

TO BE CONTINUED

AZELIA's©Where stories live. Discover now