AKU mendengar bunyi esakan , tangisan di sekeliling. Tapi aku tak boleh berbuat apa-apa.
"Saya minta maaf" sayu suara itu berkata
Aku tahu dia Aidan.
"Saya betul-betul minta maaf. Bangunla sayang , awak taknak tengok anak kita ke?" ujarnya
Anak kita? Anak aku selamat ke? Alhamdulillah, syukur ya allah.
"Dia lelaki , awak nak namakan dia apa? Saya tunggu awak sedar kita namakan sama-sama" ujar Aidan menangis lagi
Ini kali kedua aku mendengar dia menangis teruk , sekali masa aku usik dia dengan katak mainan. Dia menangis macam budak-budak.
"Awak kata nak makan gula-gula kapas. Saya belikan awak ni , awak suka kan? Bangunla sampai bila awak nak baring macam ni?"
Air mata aku mengalir , dia belikan aku gula-gula kapas...
"Bangun please , saya nak dengar dari mulut awak yang awak maafkan saya" ujar Aidan tersesak-esak
"Bro , dahlah tu." Aku dengar satu suara , mungkin Karl.
"Azelia , Mama Papa datang ni. Kami minta maaf sebab takda disisi Azelia. Kami sayangkan Azelia , bangun sayang" terdengar suara Mama menangis
Ni kali pertama aku dengar Mama menangis. Papa juga turut sama.
"Aze , aku tahu kau suka mawar putih. Aku bawakkan untuk kau" aku dengar suara Ayesha bersama sedu-sedunya
"Kitorang sayangkan kau Aze" iyana menangis sekuat hatinya
Makin laju air mata aku mengalir. Sedih sebab aku tak dapat peluk semua orang yang bersedih.
"Azelia , budak-budak tahfiz yang kau bantu dulu tengah solat memohon pertolongan supaya Allah bagi kau bangun." Ujar Rose
Ye? Alhamdulillah , semoga doa-doa korang termakbul aamiin.
Aidan menggenggam erat tanganku , air mata nya laju mengalir.
"I love you" ucapnya
"Kalau Aze tengok kau macam ni , mesti dia sedih. Jomla kita solat hajat , memohon supaya Azelia bangun" ajak Darwish
"Sayang , saya pergi solat dulu" Aidan mengucup keningku lama kemudian bunyi tapak kakinya semakin menjauh.
"Kitorang pun" ujar Iyana
"Nanti kitorang datang balik" ujar Ayesha
Cuma Mama ada denganku. Papa juga pergi bersama mereka.
"Aze , semua orang tunggu Aze bangun. Bangunla sayang" ujar Mama lagi
Tapi aku pelik , suara itu makin tenggelam. Aku tidak dapat mendengar lagi. Cuma kosong dan gelap.
Apa dah jadi? Aku dah mati??
•••
"AZELIA! Azelia!" Kedengaran mereka memanggil namaku
Mataku aku buka perlahan , satu cahaya masuk ke kornea mata membuatkan aku pejam kembali mataku.
"Alhamdulillah sayang" Aidan memeluk tubuh ku
Aku tersenyum pahit. Badanku serasa tidak enak.
Aku melihat Mama mendukung bayi. "Ni anak Aze" Mama meletakkan bayi itu disisiku.
"Handsome macam papa dia" ujarku perlahan
"Kalau comel macam mama dia" ujarku lagi
Mereka disitu tersenyum .
"Namakan dia Ryan Mikael" ujarku
Aidan angguk. "Saya minta maaf sebab layan awak macam tu" ujar Aidan menangis lagi
Aku geleng. "Takpa , awak buzy. Saya kacau , memang la awak marah. Salah saya. Maafkan saya juga supaya saya dapat pergi dengan tenang lepasni" ujarku
"Aze jangan cakap macam tu , Aze dah sedar dah pun" ujar Mama
Aku tersenyum.
"Iyana , Ayesha , Rose. Misalnya , aku takda nanti , jaga Mama dengan Papa aku. Begitu juga Ryan , dia mesti perlukan kasih sayang seorang ibu" ujarku perlahan dan tersekat-sekat
"Mama Papa , jaga diri. Business kat Riyadh handle elok-elok. Nanti bawa Ryan dan Aidan pergi sana" aku tersengih dan tersenyum
Oksigen aku pakai kembali , sesak nafas. Aku buka kembali.
"Darwish , Karl. Kalau kau betul-betul suka dekat kawan aku , lamar cara baik. Jaga diorang elok-elok , jangan bagi diorang nangis. Iyana ni ganas , Ayesha ni innocent. Sayang korang" aku pandang mereka bertiga
Mereka bertiga mengelap air mata yang mengalir laju.
"Rose , cari jodoh cepat-cepat"
"Aze , kau belum nak pergi kan? Kenapa kau macam bagi wasiat pulak ni" ujar iyana
"Aku nak pergi dah iyana"
"And my only and last , Aidan. Saya pernah cakap yang saya cintakan awak sampai akhir hayat saya kan?" Aku tersenyum memandang wajah lelaki yang sudah mencuri seluruh hati ku itu.
Wajah nya sembap kerana asyik menangis.
"Ryan , dah besar nanti. Jadi lelaki yang taat dan hormat wanita" ujarku kepada bayi disebelahku.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
AZELIA's©
عاطفيةFirst book *Might be cringe becoz it's the first story that i write💀. *Banyak kesalahan bahasa, kosa kata, simpulan bahasa. *Happy reading~~~~ -------------------------- "Kalau apa-apa jadi dekat kau lepasni , aku tak bertanggung jawab. I am dange...