Jarum jam telah menunjukkan jam 11.10 a.m, dan kini Aurelia sedang duduk disebuah batu besar yang terdapat ditebing sungai air terjun sambil menyelak beberapa helaian muka surat jurnal Erix. Sungai ini bukanlah air yang datang daripada sungai berkabus sebaliknya ia adalah sungai dari gunung.
Apapun, Aurelia mengingati nasihat Lauriel beri malam semalam dan pagi tadi selama tiga jam dia sudah cuba untuk melatih dirinya. Dan ketika ini pula dia sedang mencuba untuk mengaitkan apa yang ditulis dalam jurnal Erix dengan kisah antara Carmilla dan Aria.
Untuk melatih dirinya agar dapat bersatu dengan air amatlah mudah. Ia mesti kerana dia mempunyai tenaga aura Raja Spirit Air. Dia langsung tidak perlu berusaha gigih sepertimana dia cuba membekukan air. Ianya berlaku secara semulajadi.
Sementara itu apa yang ditulis oleh Erix masih mengejutkannya. Bukannya apa. Tetapi bukan ke ia mengejutkan sekiranya cara bagaimana sang iblis dapat menghuru-harakan dunia spirit adalah dengan menghancurkan batu suci elemental? Walau bagaimanapun ia bukanlah satu ancaman terhadap Raja-raja Spirit berdasarkan apa yang ditulis oleh Erix dalam jurnal ini. Kerana Raja-raja Spirit dapat menyelesaikan hal tersebut dengan mudah.
Akan tetapi ayahnya tidak pernah menyebut tentang batu suci itu kepadanya. Mungkin benda itu tidak seberapa penting agaknya. Tidak kisahlah. Lagipun ada sesuatu yang dia perlu pastikan sekarang.
Kemudian, selepas memasukkan jurnal Erix ke dalam begnya dan meletakkannya ditepi sebatang pokok, dia terus menghilang.
Ke mana?
Tidak lain dan tidak bukan, sudah tentulah..,
Tasik Lilian.
Aurelia merenung sejenak tasik yang tenang itu sebelum menyeru, "Lilian! Spirit tasik!"
Pada mulanya air tasik itu tidak memberikan sebarang reaksi.
"Kenapa tak jawab? Takut ke?"
"Hah! Takut?!"
Dengan mendadak Lilian muncul daripada air tasik.
"Jangan nak mengarut! Kawal air disini pun kau tak dapat, inikan lagi nak lawan aku. HAHAHA!"
"Oh, kau dah tahu aku datang ke sini untuk lawan kau rupanya. Jadi marilah kita lawan." Aurelia tersenyum sinis. "Tapi disebabkan kau kata diri kau kuat sangat, apa kata kita lawan di tempat lain?"
"Lawan disini atau dimana-mana pun, aku tetap akan menang."
Aurelia hampir tertawa melihat keyakinan Lilian itu. Namun dia juga tidak boleh terlalu merendahkan Lilian. Lilian mempunyai pengalaman sementara dia pula adalah seorang pemula. "Nama aku Aurelia."
"Baiklah, Aurelia. Di mana kita akan lawan?"
"Di sungai air terjun di kaki gunung, berdekatan dengan perkampungan sindar elf."
"Baiklah."
Dengan itu, Lilian menghilang serta-merta. Tanpa berlengah Aurelia juga turut menghilang dan muncul kembali ke sungai awal-awal tadi. Lilian pula nampaknya sedang tersenyum dengan penuh keangkuhan. Dia sangat yakin kemenangan akan berpihak kepadanya.
"Jadi?! Apa tunggu lagi?!" Cabar Aurelia.
Bibir Lilian mengukir senyuman dengan mata yang terkesan penuh muslihat. "Kau tahu, aku tertarik dengan kau sebab kau adalah kewujudan yang tidak pernah wujud sebelum ini." Katanya sambil mengangkat tangan ke udara. "Itulah kenapa aku akan jadi yang pertama hapuskan kau." Serentak itu kukunya memanjang secara tiba-tiba.
Dengan satu libasan daripada Lilian, air sungai menuju pantas ke arah Aurelia. Tanpa membuang masa dia terus mengelak sebelum mencipta beberapa pisau daripada air lalu dicampakkan ke arah Lilian. Namun Lilian menepisnya.
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasyPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...