"I'm sorry, isya. Harap kau faham. Aku akan bawa dia sendiri ke cafe tapi untuk lepas dia keluar seorang diri tu bahaya. Tak apa kan, isya?""Tak ada hal lah. Budak ketot ni kawan baik aku, aku pun risaukan dia. Better kau ikat kaki dia dekat katil. Bukan tak kenal perangai degil si rin ni"
Noah memberi senyuman kepada isya. Lega rasanya gadis itu menghormati keputusannya. Kaki mengorak langkah ke sekujur tubuh yang masih terbaring lesu di atas katil. Seharian dia menunggu airin sedar dari pengsannya.
Pipi airin diusap lembut. Sakit rasanya bila melihat airin terbaring lemah saja. Selalunya pasti harinya diisi dengan suara gelak tawa gadis itu, suara bebelan gadis itu dan suara usikan seorang airin zalisya. Sehari ni dia menanggung rindu yang besar terhadap airin
"Waikey waikey, wifey. I miss you"
"Noah, aku balik dulu ye. Pasal cafe tu kau jangan risau. Aku settle"
Noah mengangguk lemah. Tangannya menggenggam tangan airin, sesekali dia mencium sekilas tangan airin.
"Awak..." badan noah tegak apabila terdengar suara lembut airin.
"Love..." tanpa menunggu lama, badan airin yang masih terbaring itu dipeluknya erat. Dahi airin dicium berkali-kali.
"Hey... saya bukannya dah nak mati la" noah menjeling airin. Bibir pink airin dicium sekilas. Geram!
"I miss you, love. So much!" Airin tersenyum nipis. Tangannya mengusap kepala noah yang berada di dadanya dan memeluknya erat.
Noah membantu airin untuk berposisi duduk. Rambut airin diselit ke belakang telinga. Selimut juga noah betulkan agar gadis itu selesa. Noah menuang air ke dalam gelas lalu diberi kepada airin.
Airin menyambut bersama senyuman tipis kemudian air itu diteguk laju. Lega rasanya tekaknya akhirnya dibasahi air.
"Tadi ibu call" airin memandang noah.
"Ibu tanya keadaan kau."
"After dia bawa arash jumpa rin?"
"Love.. ibu kan tak tahu pun pasal tu. Jangan marah ibu lagi."
Airin diam menunduk. Salah dia. Salah dia kerana tidak beritahu apa-apa kepada ibu dan ayahnya. Tapi kalau dia beritahu pun ada yang berubah ke? Entah-entah dia dipaksa kahwin dengan arash.
"Aku tak nak kau pergi cafe dah."
"Eh kenapa pulak?"
"No! Aku tak nak arash jumpa kau lagi."
Airin mengurut pelipisnya. Lepas satu satu masalah timbul. Dengan kehadiran arash, pasti Noah sudah tidak senang duduk. Dia tahu tentang hal itu. Dia tahu arash takkan lepaskan dia dengan mudah. Dan airin yakin 100 peratus penjagaan keselamatan terhadapnya makin ketat .
Ni dah lebih dari anak raja dah ni.
"Awak..saya okay la. Bagi je la saya pergi cafe, kesian isya sorang-sorang" airin memegang lengan noah sambil membuat wajah comel
"No"
"Ala awak..."
"No means no, wifey"
"Today is the last day i'm talking to you. I hate you!"
Airin bersembunyi disebalik selimut. Saja nak tunjuk merajuk dia dengan noah. Mana tau noah nak pujuk dia bagi dia pergi cafe ke. Lagipun, bukan selalu dia tunjuk manja dengan noah.
Haks!"I love you more, love. Tidur la, aku malas nak pujuk kau"
What the...
Ooo tak nak pujuk eh. Kau tunggu.

YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...