[TELAH DIEDIT]
Aisy teresak esak menangis sambil membawa beg pakaiannya dan tidak lupa juga dengan teddy bear kesayangannya.
Dengan baju lengan pendeknya,seluar paras lutut dan berkaki ayam,ia berjalan perlahan lahan tiada hala tuju sambil memikir mana dia nak pergi.
Dia sangat berharap rayden akan menolongnya ketika ini..Nak jumpa dengan lelaki itu tapi dia tidak tahu dekat mana lelaki itu berkerja.
Waktu kerja rayden sudah habis,dan sekarang dia bersiap siap ingin menjemput aisy..dia tidak lupa akan janjinya yang ingin membawa aisy pergi shopping.
Setibanya Rayden ke rumah Luth,ia terlihat ada beberapa kereta kawannya diluar halaman rumah luth.
Tanpa banyak soal rayden terus melangkah ke dalam rumah tanpa rasa ada curiga.
"yoww,asal semua muka lain je ni?" soal rayden pada kawan kawannya
Yang lain hanya diam,mereka tahu nanti akan ada perbalahan antara kedua sahabat mereka.
Luth hanya beriak biasa sambil menonton tv dan menghiraukan pertanyaan rayden.
Rayden pelik dengan tingkah kawan kawannya yang diam membisu.
biasa mulut tu bising je memanjang!
Tanpa banyak soal rayden berlalu ke tingkat atas menuju ke arah bilik aisy.
"Princess ! abang rayden dah datang ni" laung nya sambil menghampiri bilik gadis itu.
Dia mengetuk pintu terlebih dahulu,apabila tiada sahutan dia membuat keputusan untuk terus membuka dan dahi dia berkedut melihat bilik yang kosong itu.
"aisy..."pnggilnya lagi
Rayden melilau kepala ke kiri kanan sambik mencari kelibat adik angkatnya..
mana pulak ni?!
Dia melihat almari pakaian aisy terbuka sedikit,ia mengambil langkah mendekati almari itu.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat almari itu kosong tanpa sehelai baju.
"Luthfi Uwais ! " jerit rayden sambil mara ke hadapan luth.
Luth hanya mengangkat keningnya tanda "apa"?
"Aisy Medina mana?" soalnya sambil memandang tepat ke arah mata luth sambil mengempal penumbuk
Harap dia bersabar aje stakat ni kalau tak dah pecah muka luth dia kerjakan
"Aku dah halau dia" kata luth dengan tenang
Yang lain hanya diam tidak mahu masuk campur
"kau memang sial" marah rayden sambil melepaskan satu penumbuk di muka luth.
Luth tidak membalas dia biarkan sahaja..dah memang salah dia pergi halau adik angkat sahabatnya.
Aidan dan luwis cuba untuk meleraikan pergaduhan antara kedua sahabatnya.
"kau sanggup pukul aku di sebabkan budak jalanan tu?" marah luth balik sambil memandang tepat ke arah rayden
" Budak jalanan tu adek aku hanat" hamuk rayden sambil mara ke arah luth tapi di tahan oleh luwis.
"adek angkat" kata luth sambil tersenyum sinis ke arah rayden.
"Pada kau dia adik angkat aku tapi pada aku dia dah macam darah daging aku sendiri " kata rayden sambil berlalu keluar dari rumah itu.
YOU ARE READING
THE DEVIL BLOOD'S (COMPLETED)
ActionDah COMPLETE tapi maybe banyak kesalahan yang ada jadi proses pengeditan tu mungkin mengambil masa.Apa apa un selamat membaca ye semua sebelum saya unpublish untuk proses pengeditan. LUTHFI UWAIS -Seorang lelaki yang berwajah bengis dan kejam,panas...