"Asalamualaikum Pak Mat !" Sapa alisha ke arah pak mat selaku driver keluarga Tuan Mahmud.
"Waalaikumussalam cik alisha" Balas pak mat mesra . Anak majikanya ini memang tak sombong .Boleh dikatakan keluarga majikannya ini memang ramah .Pak Mat bersyukur dikurniakan Majikan yang baik dan tak berlagak.Yela kadang-kadang sesetengah orang kaya ni berlagak dan sombong. Tapi majikannya ini sangat baik.
Seusai sampai dihadapan rumah Tuan Mahmud.Alisha melihat ada 1 buah kereta Mercedes . Tapi yang peliknya kereta ni tak pernah pulak Alisha nampak sebelum ini.
'eh kereta sapa ni ? Tak pernah-pernah nampak pun . Erm tanya pak mat lah mesti Pak Mat tau kan..' getus hati alisha
"Pak Mat ,tu kereta sapa ? Tak pernah pun sha nampak" Tanya Alisha sambil jarinya menunjuk ke arah kereta itu.
"Pak Mat pun tak tahu lah cik Alisha sebab Tuan Mahmud pun tak ada bagitau apa² .Mungkin tu kenalan Tuan Mahmud kot ? Entahla Pak Mat pun tak pasti .." tak pernah pulak nampak kereta ni ..mungkin kenalan Tuan Mahmud kot ataupun kawan satu syarikat ke manalah tahu ..
________________________________________
"Assalamualaikum mama ! Papa! " Ujarnya girang.Gila kau tak happy bila dah habis class . Inilah rutinnya apabila balik daripada universiti .Cari mama dan papanya .Yala rindulah katakan .Hek eleh baru tinggal berapa jam dah rindu bagai HAHAHAHAHA.
"Waalaikumussalam, ha balik dah anak mama . Meh sini sha duduk kat sini " Ajak Puan Dalyna .
Alisha pergi ke tempat yang ditujukan oleh mamanya iaitu ruang tamu . Matanya tertancap pada beberapa orang asing yang berada di ruang tamu itu .
"Ni mama kenalkan Tengku Amyna merangkap bff mama. Ni pulak Tengku Hafiz merangkap bff papa merangkap jugak suami Tengku Amyna" panjang lebar Puan Dalyna mengenalkan tetamu special pada anak gadisnya itu. Tangan Puan Dalyna pula tunjuk-tunjuk dekat pasangan itu sewaktu mengenalkan mereka berdua pada anak gadisnya .Dah serupa nak berkungfu dan Puan Dalyna ni HAHAHAHAHA.
"Hai aunty , hai uncle " sapa Alisha laju sahaja tangannya menyalam Tengku Amyna .yelah kita kena jaga adab walaupun perangai tak serupa bikin hahahahahha.
"Okey ni pulak mama nak kenalkan anak mereka berdua Tengku Ayden Firash .Hensem tau orangnya " eh mama ni nak kenalkan ke ape? Sambil duk puji puji . Eh jap jap ape nama dia tadi TENGKU AYDEN FIRASH eh ni mamat yang aku terlanggar tadi.Eh betulke ? Japlah aku tengok muka dia jap ...
Laju sahaja anak mata Alisha melihat ayden . Buat seketika waktu mata mereka berdua bertembung.Tengku Ayden hanya tersenyum sinis.
'OMG !!! Memang mamat ni aduh ape plk dia buat kat rumah aku, ni semak la' omel Alisha . Geram tau tak haihh
"Eh ryna ! Aku nak balik dah ni sebab nanti si hafiz ni ada meeting .Nanti ada rezeki kita jumpa lagi eh!" Ujar Tengku Amyna sekali gus memutuskan eye contact kami berdua tadi . 'Nasib baik mak dia cakap dah nak balik ! Kalau tak memang nahas lah Tengku Ayden tu .' getus Alisha
"Alah kejap je boleh jumpa kau hmm..takpelah malam ni kau jangan lupa tau dinner rumah aku " Pesan Puan Dalyna terhadap sahabatnya itu . Sedih sungguh kalau berpisah. Kedua orang tua itu bersalaman untuk berpisah walaupun malam nanti mereka akan berjumpa juga .
"Nanti malam kita jumpa pulak ye hafiz ...tak puas sembang dengan kau ni.Banyak topik lagi nak kena sembang hahahaha" gurau Tuan Mahmud sambil bersalaman dengan sahabatnya Tengku hafiz Alah salam gaya orang laki.
"Yela mahmud , ni pun meeting dengan syarikat harraz holding je .Nanti malam kita sembang lain "Ujar tengku Hafiz .
Alisha dan Ayden masih menyepi. Tapi kadang kala mata Ayden melirik ke arah Alisha . 'comelnya dieni ..takpe ye babygirl malam nanti kita jumpa lagi ' ujar ayden perlahan matanya masih melirik ke arah Alisha tanpa tuan punya badan sedari .
YOU ARE READING
Tengku Ayden Firash
Fantasy"Gila! ini memang gila ! ada ke patut mama and papa nak kahwinkan aku dengan mamat belagak sombong tu . Eeee please laa,bagi free pun aku taknak "- Alisha Hadzkadina "are you sure babygirl! kau taknak kahwin dengan aku ? " - Tengku Ayden Firash Be...