kerana tok aki

3.1K 47 2
                                    

Semuanya kerana Tok Aki, jika tidak Zairil tidak akan jadi begini. Namun walau apapun Zairi tetap berterima kasih juga kepada Tok Aki. Tanpa dia pun belum tentu lagi dia jadi apa. Memang dalam ramai ramai cucunya, Zairil seorang yang Tok Aki paling sayang. Kerana kebetulannya memang cucu cucunya ramai perempuan. Dari empat puluh lapan orang cucu nya, hanya tiga orang sahaja lelaki. Dua pandai pandai hingga belajar sampai ke luar negara. Tinggalah Zairil yang tidak berapa pandai yang tinggal, yang hanya belajar di Universiti tempatan sahaja. Memang kebetulan cucu cucu Tok Aki ini pandai pandai belaka. Empat belas orang yang sudah tamat SPM semuanya sudah masuk Universiti.  Lima orang darinya Universiti luar negara, serta selebihnya Universiti tempatan termasuklah Zairil sendiri.

Sebagai cucu yang sangat di sayangi, memang Zairil banyak mendapat perhatian daripada datuknya. Bermula ketika dia dalam tempoh berkhatan lagi, datuknya telah menunjukkan benar benar perhatiannya yang lebih kepada Zairil. Hampir pada setiap hari datuknya datang melawat, dan dalam pada itu berbagai nasihat telah di beri, dan berbagai petua pula telah di ajar. Mulanya memang Zairil tidak ambil kesah juga, kerana budak yang baru sembilan tahun sepertinya pada ketika itu, mana peduli tentang petua petua ini. Namun kerana sudah selalu sangat di ucapkan dan di dengar, lama kelamaan melekat juga ianya di kepala. Walaupun ianya di anggap sebagai suatu yang pelik dan sukar untuk di fikirkan dan di percayai dengan akal.

" Kita laki laki ni kena jaga barang kita ni Ril, jangan dah jadi hal esok baru nak jaga, dah lambat."
Antara peringatan yang Tok Aki beri. Tetapi terlalu banyak sangat syarat dan pantang larangnya. Adakalanya terpaksa juga Khairil menipu. Habis itu tidak boleh, ini tidak boleh, lagi lagi kau yang melibatkan perkara makan dan minum. Khairil tidak boleh, kalau dia hendak, dia bedal juga. Dia tidak peduli apa hendak jadi, jadilah. Namun mujur juga, Tok Aki nya itu mudah kena tipu, selamat juga dia. Bukan apa, tidak suka juga jika mendengar dia membebel, selain dari untuk menjaga hati dia juga. Cuma masa itu memang Khairil masih degil dan nakal nakalnya. Ibu bapanya pun dia lawan. Tetapi dengan Tok Aki nya ini dia masih ada lagi rasa hormat dan segan segan juga. Tidak lah menunjuk nunjuk sangat untuk melawan atau membantahnya.

Tetapi setelah Khairil naik ke sekolah menengah, sikap dan perangainya sedikit sedikit mula berubah. Rasa degil, keras hati dan keras kepalanya sudah tidak seperti sebelumnya. Selain dari kedua ibu bapanya, Tok Aki lah yang paling dia hormat dan sayang. Dalam degil degil dan nakalnya dia banyak juga ilmu pengetahuan dan berbagai pelajaran yang dia dapat dari Tok Aki. Terutama tentang ilmu ilmu kelakian. Dulunya memang Khairil tidak tahu dan tidak faham akan keperluan dan kepentingan ilmu ilmu yang seperti itu. Tetapi setelah dengan meningkatnya usia serta juga dari ingatan dan nasihat oleh Ucu Semah, bagai satu dari rangsangan dan semangat baru buat Khairil. Apalagi  kata kata  itu datangnya dari Ucu Semah, orang yang memang dia telah percayai.

Ucu Semah ini adalah anak angkat kepada Tok Wan, bermakna anak angkat Tok Aki juga. Kerana Tok Wan itu adalah isteri Tok Aki, Atok perempuan kepada Khairil juga. Di sebabkan perkahwinannya yang sering bermasalah, hingga terjadinya beberapa kali kahwin cerai. Lalu Ucu Semah pun mengadukan nasibnya dengan menemui Tok Wan. Dengan bantuan serta usaha dari Tok Wan dan Tok Aki, akhirnya masalah Ucu Semah pun dapat di atasi. Masalah utama yang Ucu Semah hadapi ialah mati putik,  atau sama dengan mati pucuk kepada kaum lelaki. Dia tidak punya perasaan atau nafsu langsung terhadap lelaki. Hingga telah menyebab kan suami suaminya terpaksa menceraikannya, kerana selain tidak mampu untuk melayani mereka, juga tidak mempu untuk memberikan mereka zuriat.

Setelah di rawat dan dapat di pulihkan, Ucu Semah pun berkahwin lagi untuk yang ke sekian kalinya. Dan dari perkahwinannya kali ini dia telah di kurniakan dua orang cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Namun tidak lama selepas itu, suaminya tersebut telah pula meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan. Sejak dari itu dia pun terus menjanda hingga ke saat ini. Katanya ada lelaki yang telah pun melamarnya, tetapi dia sendiri telah menolak kerana tidak mahu untuk menjadi isteti kedua. Selepas itu masing ada lagi beberapa orang lelaki yang berhajat dengannya, tetapi juga di tolak dengan berbagai alasan.
Tetapi ada pula cerita yang tidak sedap di dengar, bila Zairil mendapat tahu dari kawan kawannya bahawa Ucu Semah mempunyai hubungan sulit dengan seseorang lelaki.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

kerana tok akiWhere stories live. Discover now