Chapter 14🌹

1.9K 72 4
                                    

Rayden mendekati adiknya yang terbaring lemah,dan di ikuti dengan yang lain.

"hai adik abang..macam mana okey tak?" soal rayden sambil mengosok lembut kepala aisy.

"aisy okey je" balasnya dengan senyuman..

Tengku laila mengambil tempat di sisi kanan anaknya yang lain pula hanya duduk disofa, alah bilik VIP!!

"Aisy lapar tak?" soal aidan

Aisy hanya menganggukkan kepalanya..

"Jom kita pergi KFC !!" laung aidan dengan semangat

"kau dah kenapa bangang !!" marah jack sambil menepuk kepala aidan..

Aidan hanya mengosok gosok kepalanya yang pedih itu..

"behave laa..hospital ni kut" kata farel sambil menjeling dua ekor babun itu

"dah,kau nak makan apa?" soal luth sambil berdiri memandang aisy..

Yang lain hanya memerhati tingkah luth

"ermm..aisy nak bubur dengan ayam goreng.." kata aisy sambil bermain dengan jarinya..

Tanpa banyak soal luth keluar dan menuju ke arah KFC dan tidak lupa juga akan babun 2ekor itu mula mengikut langkah luth

siapa lagi kalau bukan jack dan aidan !!

Rayden hanya tersenyum sinis,luth mula caring pasal aisy..nampaknya cinta dah berputik?

"kamu dah kenapa senyum sorang sorang" tegur tengku laila pada rayden

"ha? heheh takde lah..nanti mummy dapat menantu" kata rayden sambil mengambil tempat disofa..

"haa? kamu nak kahwin ke?" soal tengku laila dengan hairan.

Rayden tidak membalas pertanyaan tengku laila,dia hanya tersenyum sambil mengangkat kedua kening nya..Tengku laila hanya menjeling anak terunanya..

main main je kerja !!

Luwis dan farel hanya diam,dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh rayden


Luth kembali ke hospital sambil menjijit 2plastik ditangan nya.Jack dan aidan hanya mengikut langkah ketuanya sambil mengunyah ayam KFC

eeee tak senonoh tul !!

Percakapan mereka didalam wad itu terhenti apabila muncul luth dengan 2 box Ayam KFC ditangan.Luth menghampiri aisy sambil membawa sebekas bubur dan ayam goreng.

"untuk aku takde ke?" soal rayden

"kau tak nampak ke aku beli banyak tu? ambil jelaa,yang mummy pun ada..pilih je nak yang mana." balas luth sambil mengambil tempat di sisi aisy..

Apa lagi,melatak laa diaorang asyik membunuh aje sampai lupa nak makan !!

jack dan aidan? ada tu haa tengah syok makan sampai tak pandang kiri kanan.

"meh sini aku suapkan kau" kata luth sambil menghulurkan sesuap bubur di mulut aisy..

(sesuap atau sesudu?)
lantaklah faham faham jela ye🥲

Aisy tidak membantah dia hanya mengikut kata kata luth..Yang lain hanya memerhati,Tengku laila hanya tersenyum melihat ke arah pasangan itu

mungkin ini maksud rayden? kata hatinya

"Auchh !! luth..tolong aku !! " jerit rayden tiba tiba

"kau dah kenapa ?!" tanya luth sambil menjeling rayden

"tolong suap kan aku jugak !! " balas rayden dengan mimik muka yang sedih

Luth hanya buat tak tahu dengan kata kata rayden bukannya dia tak tahu lelaki itu sengaja mahu menyakatnya

Yang lain hanya ketawa melihat muka merah luth

Abang mafia titew malu !!



Yang lain sudah pulang ke rumah,hanya tinggal luth seorang diri.Itu juga atas permintaan dia,ikutkan tengku laila nak bermalam disitu tapi disebabkan luth juga ingin menjaga aisy jadi dia serah kan aje pada lelaki itu

Aisy terpisat pisat bangun daripada tidur ia memandang ke arah jam sudah menunjukkan pada pukul 3pagi.Ia terpandang ke arah luth yang tertidur di kerusi di sisinya sambil kepala diletakkan di atas katil dan beralaskan lengan nya sendiri.Aisy kasihan terhadap luth yang tertidur dalam keadaan macam itu.

Aisy memberanikan diri nya untuk menyentuh kepala lelaki itu,dengan perlahan dia mengusap usap rambut luth,dan perbuatannya membuatkan luth terjaga dari tidur..

"kenapa kau tak tidur?" soal luth dengan suara serak basahnya

"aisy terjaga" jawabnya sambil melarikan tangannya di kepala luth

Luth menarik kembali tangan gadis itu dan meletakkan kembali dikepalanya..

"aku suka bila ada orang usap kepala aku" kata luth sambil memandang ke arah aisy..

Aisy menuduk kerana malu,tak sangka luth perasan !!

Walaupun dalam keadaan malu tangannya tetap bergerak mengusap usap kembali kepala lelaki itu,Luth seakan terbuai dengan perbuatan aisy,matanya semakin lama semakin kuyu..

Aisy memberhentikan usapan itu dan automatik mata luth kembali terbuka,

"why?" tanya luth..

Aisy tidak membalas pertanyaan luth dia hanya mengesot badannya ketepi dan memberi ruang kepada luth untuk baring di sebelahnya.

"aisy taknak badan abang luth sakit sebab tidur atas kerusi" katanya sambil menepuk ruang kosong di sebelahnya

"kau nak aku baring sebelah kau ke?" soal luth meminta kepastian

Aisy hanya menganggukkan kepalanya.

Dengan perlahan lahan luth memanjat katil itu dan baring di tepi aisy..

Alah katil VIP kan besar !!

"Aku nak kau usap kepala aku macam tadi" arah luth sambil memusingkan badannya ketepi dan kepalanya diletakkan di atas dada aisy..

Aisy terpaku dengan tindakkan melulu luth !!

Entah siapa yang sakit pun tak tau !!

Tanpa banyak soal aisy mengikut arahan dari luth dan mereka tertidur dalam keadaan begitu.


jangan lupa vote dan komen !!🫶🏻

Dan seperti biasa jika ada kesalahan ejaan atau ayat yang sedikit melalut,maafkan saya🙏🏻

THE DEVIL BLOOD'S   (COMPLETED)Where stories live. Discover now