IHSAN meneliti satu per satu fail yang berada di atas meja peribadinya. Matanya khusyuk memerhatikan laporan syarikat yang baru sahaja diterima olehnya hari ini. Dalam masa yang sama, tangan kanannya turut mengangkat secawan kopi lalu dia menghirup kopi tersebut.
"Banyak juga eh untung yang kita dapat bulan lepas? Bilangan tetamu yang datang pun ramai ni. Lebih daripada jangkaan aku," kata Ihsan kepada salah seorang pekerjanya, Naim.
"Haah bos, saya pun perasan juga. Mungkin sebab cuti Tahun Baharu Cina kot bos. Itu yang ramai ibu bapa bawa anak-anak bercuti dekat hotel ni," jawab Naim.
"Betul juga tu. Meriah betul orang bercuti kali ni. Kalau macam tu, aku ingat nak bagi bonus sikitlah dekat semua staf. Okey tak?" soal Ihsan, meminta pendapat daripada pekerjanya.
"Soalan apa bos tanya ni? Kalau tanya saya, memang saya orang pertama yang setuju tau. Orang gila je yang tolak bonus bos." Ihsan tersenyum kecil mendengar jawapan Naim. Betul juga kata Naim, siapa je yang tak sukakan duit?
"Okeylah kalau macam tu. Nanti aku bagi bonus untuk bulan lepas. Yelah, kesian semua orang. Mesti tak cukup tangan nak handle tetamu hotel hari tu," ujar Ihsan.
"Alhamdulillah, terima kasih bos. Semoga murah rezeki bos dan keluarga." Naim tersenyum gembira. Dia bersyukur kerana mendapat bos sebaik Tuan Ihsan. Sebelum bekerja di hotel milik Tuan Ihsan, bermacam-macam masalah yang perlu dihadapi olehnya sehingga membuatkan dia tidak tahan lagi untuk meneruskan kerja di syarikat lamanya.
Namun, berbeza pula pengalamannya apabila bekerja di syarikat milik Tuan Ihsan ini. Majikannya sangat baik dan pemurah, malah Tuan Ihsan juga sering menjaga kebajikan setiap pekerjanya.
"Amin. Ini je cara untuk aku balas balik jasa semua staf dekat sini. Kalau bukan sebab korang semua, aku pun tak mampu nak uruskan hotel ni dengan baik. Oh lagi satu, kau jangan lupa maklumkan pada HR nanti," balas Ihsan sambil menutup fail yang dipegang olehnya ketika ini.
Kemudian, dia terus bangkit dari kerusi lalu tangannya mencapai kot hitam yang disangkut di belakang kerusi.
"Eh bos nak pergi mana?" soal Naim apabila melihat majikannya yang tiba-tiba sahaja bangkit dari kerusinya.
"Aku nak balik lunch dekat rumah. Kau tu tak nak pergi lunch ke? Dah masuk tengah hari dah ni," tanya Ihsan apabila melihat Naim seperti tiada tanda-tanda untuk beredar dari ruangan pejabatnya.
Naim tersengih seketika. Lupa pula dia bahawa jam sudah menginjak angka 12 tengah hari.
"Haahlah bos, borak punya borak tak perasan pula dah masuk tengah hari. Okeylah, bos. Saya gerak dulu." Naim terus meminta diri.
Ihsan turut sama beredar meninggalkan pejabatnya. Kemudian, dia terus melangkahkan kaki ke tingkat bawah.
Apabila sampai sahaja ke tingkat bawah, dia dapat lihat satu susuk tubuh yang dikenali dari pandangan matanya. Ihsan terus menerpa ke arah susuk tubuh itu.
"You buat apa dekat sini?" tegur Ihsan dari tepi. Manusia tersebut terus menoleh.
"Hai. I ada urusan tadi dekat sekitar kawasan ni. Alang-alang tu I singgahlah kejap dekat sini. I kacau you ke?" Falia terpana seketika melihat penampilan Ihsan ketika ini. Nampak segak sungguh apabila lelaki itu menggayakan kot hitam di tubuhnya. Ditambah pula dengan gaya rambut yang kemas dan wangian di tubuh Ihsan.
'Patutla Aira suka,' bisik hati Falia.
"Eh, taklah. Mana ada kacau. I memang tengah free sebab dah masuk waktu lunch kan? Oh by the way, I ada sesuatu nak bagi dekat you. Apa kata, you tunggu dekat kafe hotel dulu. I nak pergi ambil barang tu dalam kereta kejap." Baru sahaja Falia ingin menyoal, lelaki itu sudah pun bergerak meninggalkannya.
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
RomansaPrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...