Cp.41: Wintervale Village

82 14 1
                                    

Pada waktu mereka bertiga berada dihadapan pintu kuil setelah Cedric selesai menunjukkan bekas tempat penyimpanan bilah rahmat, mereka dikejutkan dengan tiga orang yang berbangsa manusia sedang menunggu ketibaan Cedric dengan resah gelisah.

"Kenapa ini?" Soal Cedric.

"Kamu ke pendeta Cedric?" Soal salah seorang daripada mereka.

"Ya, saya. Kenapa?"

"Kami dari kampung Wintervale yang terletak diluar bandar sana itu."

Kampung Wintervale? Aurelia seperti pernah mendengar nama kampung itu.

"Kami datang ke sini sebenarnya nak minta tolong. Ada tiga orang budak dari kampung kami yang hilang selepas pergi ke kuil spirit."

Aurelia semakin tertarik untuk mendengarnya apabila dia terdengar tentang kuil spirit.

"Er, kalau kes budak hilang kenapa tidak minta pihak satria yang mencarinya?" Cadang Cedric.

"Kami dah minta tolong tapi selepas dua hari mereka masih tak jumpa. Lepas itu, kami dah minta bantuan daripada pakar magik, dia cakap ada kesan magik gelap disitu. Jadi mereka cadangkan kami berjumpa para pendeta dikuil dewa cahaya. Bila kami sampai sini, mereka beritahu yang hanya pendeta Cedric sahaja yang ada magik cahaya dan yang tidak begitu sibuk ketika ini. Jadi kalau tuan tak keberatan, tolonglah bantu kami cari mereka."

Boleh dilihat pada wajah Cedric yang dia sedikit keberatan meskipun dia mempamerkan senyuman. Tetapi rasanya dia bukan berasa keberatan dengan permintaan orang-orang kampung itu apabila dia menghadap dua orang tetamu yang sedang diiringinya.

"Maafkan saya, kita tak boleh berbual lebih lama lagi." Ujar Cedric dengan rasa bersalah.

"Tak apa. Kami berdua bukannya bercakap sangat pun tadi. Kamu saja yang banyak cakap." Jawab Damien tanpa rasa bersalah.

Aurelia terus menoleh memandang Damien. 'Biar betul Damien ini? Tak pernah-pernah dia cakap macam itu.'

"Ah, maafkan saya.. kamu berdua boleh pulang kalau--"

"Tunggu." Potong Aurelia. "Saya cuma nak tahu. Dah berapa lama budak-budak itu hilang?" Dia menyoal orang-orang kampung itu.

"Kalau kira sekali hari ini, dah empat hari."

Sekali lagi Aurelia berpaling menghadap Damien, dan berbisik, "Empat hari lepas bukan ke hari kita sampai ke sini?"

Damien mengangguk.

"Urm, kampung Wintervale itu dimana?"

"Ianya didalam hutan tapi tak seberapa jauh dari sini. Ambil masa dua ke tiga jam untuk sampai ke sini."

"Hutan itu dekat dengan rumah penginapan ke?"

"Ya, betul itu."

Ah, sudah; fikir Aurelia. Macam mana dia tidak berfikir begitu kalau pada empat hari lepas mereka bermalam berdekatan dengan kampung itu. Bukan itu sahaja dia bahkan merasakan terdapat sesuatu yang tidak kena sedang berlaku semasa berada di kampung tersebut.

"Erm, Encik Cedric, boleh tak kami pun nak ikut sama?" Tanya Aurelia.

"Oh. Tak apa-apa ke?"

"Ya, tak apa-apa. Damien? Awak nak ikut juga ke?"

"Saya akan ikut ke mana saja yang awak pergi."

"Oh, okay." Aurelia tersenyum janggal selepas mendengar jawapan itu. Kalau hanya dia dan Erix, dia masih tidak kisah dengan ayat-ayat seperti itu tetapi mereka dihadapan orang yang tidak dikenali.

Aurelia buat-buat tak tahu sahaja apabila dia perasan orang-orang kampung dan Cedric tersenyum-senyum.

.・   ゜゜・ ・  ゜゜・.

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now