"Wallahi, antum memang dah melampau kan?"
"Bukan setakat ana antum dah cabar, antum cabar cara hidup dekat sini, antum cabar kesabaran ana, antum cabar semua keimanan Iman!"
"Njet-steng sekarang!" Iman acah-acah memekak seperti mahu mengajak manifesto.
"Ampun, kapla! Lepas ni janji tak buat lagi!" Aqil melutut merayu depan Iman seperti apa yang telah diagak oleh Hero. Tangannya digosok-gosokkan dengan laju. Elak jadi bekalan elektrik percuma je Aqil ini mengumpul haba.
Iman memeluk tubuh. Aqil ditiliknya tajam bak parang butcher.
Keluhan panjang dilepaskan. Tangan diangkat mengurut pelipis. Kepala digeleng-gelengkan.
"Alhamdulillah, arwah sudah ana tanam di tempat yang tenang dan subur. Mudah-mudahan rohnya tidak berdendam dengan orang yang melambatkan pengebumiannya." Perli Iman secara halus cukup untuk membuatkan Aqil terus terbaring meniarap atas lantai. Semalam malam Aqil call Hero lagak seperti mahu selesaikan tugas yang diamanahkan. Tapi, bertuah. Lepas end call je, Aqil sambung melayan 'Gilmore Girls' dekat Netflix sampai tertidur. Habis kelas malam itu je, Iman yang uruskan jenazah yang dah kecut seharian.
"Lepas ni janji tak nak tangguh-tangguh! Ampun! Insaf dah!'
"Sudah, pergi pack baju sana," arah Iman dengan tiada penjelasan lanjut. Dia terus menapak ke biliknya.
"Aik? Mana?" Hero yang memegang sudu dan memeluk bekas aiskrim di tangan menutup freezer dengan kepalanya. Tanduk seperti main bola. Tengok je Iman tak cakap apa, menonong masuk bilik, Hero memandang Aqil. Mengharapkan jawapan. "Tanya aku macam aku tahu." Wajah Aqil masih menempel di lantai.
Hero menarik hoodie Aqil sehingga dia terduduk. Mengerang Hero dibuatnya.
"Pergh, berat juga eh kau ni."
Aqil mencebik. "Mestilah. Aku makan orang bukan nasi."
"I beg your finest pardon?"
Aqil pandang Hero dengan mata berkedip-kedip. "Aku cakap apa tadi?" soal Aqil balik. Dalam fikirannya sudah bercelaru sebenarnya. Tengah sibuk memikir nasib apabila dikacau roh cicak tak aman nanti.
"Kau duduk termenung, fikir pasal cicak itu dah kenapa? Tak ada benda lah," pujuk Hero seakan-akan tahu apa yang berada di dalam minda Aqil. Ya lah, kenal dari kecil. Duduk sebumbung pula tu.
Spesies Aqil ini nak kena kutip hari-hari je. Sebabnya bila ramai orang mula menyirap dengan mamat seketul ini, selalu sahaja dia dibuang di mana-mana. Tapi sekarang, Hero setia mencuba tenangkan Aqil yang overthinking benda yang tak perlu dithinking.
Penutup aiskrim dibuka sebelum disuapkan satu sudu penuh mint choco ke dalam mulut.
"Makan duduk, setan."
"Astaghfirullah..." Hero meletakkan tangannya ke dada. "Terasa ana." Hero langsung tiru cara percakapan Iman.
Aqil merengus. Dia bingkas bangun. Langkah disusun memasuki bilik tidur Iman. Masuk sahaja, terus dilempar badan ke atas katil empuk Iman yang rapi.
Iman yang tengok Aqil selamba badak selepahkan katilnya tersenyum hambar. Zikir meniti bibir tanpa henti.
Baru sekejap tadi dia siap gosok cadar katilnya.
"Packing balik Malaysia?" tebak Aqil. Iman mengangguk. Dia kembali melipat pakaian masuk ke dalam luggage berwarna biru gelapnya.
"Berapa hari?"
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Любовные романы3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...