BAB 52

140 8 0
                                    

Semua mimpi yang Jesse alami selama ini bukanlah sekadar mimpi.

Jesse tahu ini bukan mainan mimpi.

Mimpi itu adalah benar. Mungkin juga merupakan sebuah petunjuk untuknya.

Jesse mengambil cuti selama tiga hari agar dia dapat boleh memberikan ruang untuk dirinya berfikir.

Jesse kembali ke blok bangunan di institusi perubatan. Dia menghabiskan masanya di dalam bilik untuk mencari jawapan di sebalik mimpi yang dia lihat.

Dalam masa yang sama, Cris juga mengetahui jika Jesse sudah kembali. Dia pun membawa Jesse berjalan-jalan di sekitar pekan kota. Jesse tidak menolak ajakan Cris kerana sudah lama dia tidak berkumpul bersama Cris. Dia rindu mahu meluangkan masa bersama sahabatnya.

Cris juga tidak lupa membawa April dan Stephen bersamanya.

Mereka pergi ke sebuah pantai. 

Jesse dan April duduk di bahagian pengunjung boleh berehat sambil masing-masing bertanyakan khabar. Cris dan Stephen kemudian datang bersama empat cup aiskrim berbagai perisa. Perbualan mereka diteruskan lagi sambil mereka menikmati aiskrim  tadi.

Pada masa yang sama juga, Jesse sudah melupakan masalah yang dihadapinya berkaitan dengan mimpinya. Saat matahari sudah terbenam, mereka sudah bersedia untuk kembali ke dorm masing-masing.

Keesokan paginya, Jesse dikejutkan dengan kedatangan Ace di depan pintu dorm. 

"Get ready. I'll take you out today." Hanya itu sahaja yang dikatakan oleh Ace setelah Jesse membuka pintu.

Tanpa banyak cakap, Jesse segera mempersiapkan dirinya dan keluar dari dorm. Dia mendekati Ace yang masih menunggu di depan pintu.

"Kenapa kau ada di sini? Bukankah kau sepatutnya sedang bekerja di pusat penyelidikan?" tanya Jesse.

"Saya mengambil masa rehat hari ini." Ace menjawab dengan ringkas. Tanpa berkata apa-apa, Ace menggenggam tangan kanan Jesse. Perbuatan lelaki itu menyebabkan Jesse terkaku.

Mata Jesse menatap tangan Ace yang jelas lebih besar dari tangannya sendiri tapi itu tidak membuatkan Jesse merasa rimas atau tidak. 

"Err..." Jesse tidak tahu mahu berkata apa. Suaranya terasa tersekat di kerongkong. 

"Kita pergi bersarapan dulu. Kau nak pergi kedai mana?"

Jesse memandang wajah lelaki itu. Raut wajah lelaki itu sangat selamba, seolah-olah perbuatannya menggenggam tangan Jesse sudah menjadi perkara yang biasa.

"Anywhere is... Fine..." 

"Alright." Dengan jawapan Jesse seperti itu, Ace sudah tahu di mana dia akan membawa Jesse untuk bersarapan. Dia memimpin Jesse untuk berjalan sehinggalah mereka tiba di kawasan parkir kereta.

Ace membukakan pintu kereta untuk Jesse dan membiarkan wanita itu masuk dahulu sebelum pintu ditutup. Lalu dia pun berjalan menuju ke tempat duduk pemandu.

Jesse di dalam kereta hanya memandang Ace dengan wajah kebingungan. 'Ada apa dengan dia hari ini? He was much more gentler than before... And overly sweet. Saya pula yang dapat goosebumps.'

Pintu kereta ditutup rapat setelah Ace masuk ke dalam. Setelah enjin dipasang, Ace memakai cermin mata hitam yang digantung. Lalu dia mula memandu kereta keluar dari kawasan parkir itu.

Ace membawa Jesse pergi ke sebuah kafe yang dibina di kawasan bandar yang berbukit. Di sana, mereka boleh melihat pemandangan kawasan bandar yang luas. Jesse yang melihat kafe tersebut untuk pertama kali menjadi teruja. Walaupun kafe itu bersaiz biasa tapi dekorasi dan pembinaan kafe itu sangat cantik dan mempersona.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now