Bidadari 10

1.4K 38 13
                                    

Adam memegang album gambar yang diberi oleh abang iparnya.Adam masih berdiri tegak di hadapan pintu bilik isterinya,matanya dipejam rapat.

Adam sedang minum air di dapur seorang diri, Hanan meminta izin naik ke atas apabila iphone milik isterinya berbunyi.

"Ehh Adam,seorang je?.."tegur Harif yang baru sahaja masuk ke ruang dapur.

"Haah seorang je bang,Hanan tengah jawab call kat atas.."balas Adam.Diberikan gelas kepada Harif.

"Baguslah tu,abang nak bagi kat Adam sesuatu ni.." Adam menjongketkan keningnya.Apa dia?

Harif menghulurkan album gambar kepada adik iparnya.

"Dah tiba masanya abang bagi dekat Adam sebelum korang berdua balik esok.."

"Apa benda ni bang?.."album gambar yang berada di tangannya dilihat.

"Adam naik atas bagi dekat Hanan lepastu cakap yang Hanan kena ingat janji Hanan dekat abang Arif 5 tahun lepas.."ringkas sahaja pesanan Harif.

"Nanti Adam tahu kenapa Hanan boleh bagi syarat- syarat perkahwinan masa Adam datang buat rombongan.."kenapa ada apa dalam ni

Banyak persoalan yang berada di dalam fikirannya

Kenapa ada kena mengena dengan syarat-syarat perkahwinan isterinya pulak

"Pergilah naik atas,hilang pernyataan yang ada dalam fikiran.."tegur Harif lembut,ditepuknya bahu adik iparnya perlahan.

Adam mengeluh perlahan,dia perlu bersedia dengan apa-apa pun yang terjadi kejap lagi.

Adam membuka perlahan pintu bilik isterinya,susuk tubuh isterinya yang berada di beranda luar dipandang.Badannya bergerak menghampiri isterinya.

"Awak.."panggil Adam lembut.Hanan yang sedang termenung itu tersentak.

"Kenapa duduk luar malam-malam ni..Tak sejuk ke?.."Adam cuba untuk mengawal keinginan untuk bertanya.

"Saja.."balas Hanan membalas.Adam menghalakan album gambar di hadapan isterinya.

Hanan yang melihat album gambar yang berada di tangan Adam menjadi gementar.

"Macam mana?.."soal Hanan terkejut,wajahnya memandang wajah suaminya meminta penjelasan.

"Abang Arif bagi tadi kat bawah,dia suruh awak cerita kat saya pasal album ni and then dia suruh ingat janji awak dengan dia 5 tahun lepas.."

"Dia ada cakap lagi dia berkaitan dengan sebab awak bagi syarat perkahwinan sebelum kita kahwin dulu.."Adam memandang wajah isterinya yang membisu jelas kelihatan Hanan tidak selesa.

"Tapi kalau awak tak sedia takpelah tak perlu cerita kat saya.."walaupun di dalam hatinya meronta-ronta untuk mengetahui.

Tanpa memberi jawapan,Hanan masuk ke dalam bilik semula.Adam hanya berdiri kaku di luar beranda.

No,aku tak boleh kecewa kau kena bagi dia masa

Sedang Adam mencuba menghilangkan perasaan kecewanya,Hanan datang semula ke beranda bersama iphonenya dan sepucuk sampul surat.

"Boleh bagi saya album tu?.."pinta Hanan perlahan. Adam menyerahkan kepada Hanan kemudian kembali membisu.

Adam melihat isterinya membuka album itu,di dalam album terdapat gambar isterinya bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Siapa lelaki itu?

"Nama dia Yazid Taufiq,dia dulu crush saya dekat sekolah menengah saya suka dia since form 1.." Hanan memejam rapat matanya,nak tak dia perlu cerita kisahnya dulu kepada suaminya.

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now