CHAPTER 4

2.1K 82 4
                                    

AIR teh panas dituangkan ke dalam cawan lalu diletakkan di dalam dulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIR teh panas dituangkan ke dalam cawan lalu diletakkan di dalam dulang. Dia membawa dulang, berjalan kearah bilik kerja Kaiser. Baru sahaja dia ingin mengetuk, perbualan antara lelaki itu menghentikannya.

"Kau yakin semua ahli keluarga dia mati?" Dengar suara Kaiser berkata.

"Ya, aku yakin tapi ada masalah sikit. Mayat ahli keluarga Mayra semua dijumpai kecuali mayat Tengku Mikael. Dari siasatan yang dijalankan, kami hanya menemui kesan seretan darah milik Tengku Mikael sahaja. Tubuh atau mayat dia masih tidak dijumpai." Kali ini, Arman pula bersuara.

"Habistu kenapa kau yakin sangat semua ahli keluarga dia dah mati? Kau tak rasa abang dia masih hidup?"

"Aku tak rasa dia hidup. Dari kesan seretan darah yang banyak tu, aku yakin dia dah tak hidup."

Jeda. Percakapan mereka berdua terhenti.

Baru sahaja tangan halusnya mahu naik mengetuk daun pintu, suara Arman kembali kedengaran.

"Kau tak nak tanya wife kau? Wife kau pun terlibat dengan kes ni. Aku tahu yang kau sengaja tak serahkan kes ni dekat polis sebab wife kau."

Mayra tersentak. Patutlah dia masih tidak jadi buronan dalam seminggu ini, rupanya pihak polis juga tidak tahu.

"Aku bukan tak nak tanya, cuma aku dengan dia baru kahwin. Aku tak nak push dia. Dia pun kehilangan orang tersayang. Parent dia."

"Kalau kau tak tanya dia, kau tak akan selesaikan semua kejanggalan yang berlaku dalam kes ini and nyawa isteri kau pun dalam bahaya. Ingat Kaiser, kita tak tahu siapa musuh dalam selimut. Dan itu, lagi bahaya."

Mayra mengetuk pintu perlahan sebelum menjengul kepala disebalik pintu bersama dengan senyuman manis.

"Boleh masuk?" Kaiser mengangguk. Lantas kaki kecilnya melangkah masuk kedalam bilik. Dulang yang berisi air teh dan makanan ringan itu diletakkan di atas meja.

"Kalau nak apa-apa lagi bagitahu." Pesannya sebelum meninggalkan bilik kerja itu.











KAISER menutup pintu perlahan. Mayra diatas katil sedang membaca buku dipandang sebelum melepaskan keluhan kecil. Dia bergerak mendekati Mayra, punggung dilabuhkan pada birai katil.

"Abang nak tanya sikit ni, boleh?" Soal Kaiser, isterinya dipandang kosong.

"Tanya apa?" Soal Mayra sebaik sahaja meletakkan buku yang dibaca dia side table katil. Wajah lelaki itu dipandang.

"Malam tu, kau bunuh Tengku Marissa?"

Tubuh Mayra mengeras. Lidah kelu mahu menutur kebenaran.

"It's okay, I won't hate you. Tell me, the truth okey?" Pujuk Kaiser.

Air liur ditelan kasar. Bibir munggilnya berketar-ketar mahu memulakan ayat.

"Ya, saya bunuh dia. Saya nampak dia bunuh mama. Saya terlalu marah. And up kitaorang bergaduh sampailah saya tolak dia jatuh." Terang Mayra. Matanya dihalakan kebawah, tidak sanggup melihat reaksi Kaiser apabila mengetahui kebenaran.

COMIENZO | OGWhere stories live. Discover now