"Mama tak nampak Dr.Yana pun tadi. Ke mana dia agaknya." Kata Dato Seri Aminah sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta setelah semua urusannya dengan Puan Fatimah selesai.
"Entah la sibuk kot." Balas Qays Haddad acuh tak acuh selepas pertengkaran antara mereka tadi, dia tidak nampak susuk tubuh wanita itu. Kenapa entah perempuan tu menangis beria-iya, sedih la tu perbuatan keji dia dah kantoi.
"Selepas ni kita pergi rumah Dato Rahman, mama nak bagi kuih kapit ni. Qays Ajak la Wardah tu keluar, boleh kenal each others." Kereta yang dipandu Qays Haddad mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah kampung Puan Aminah. Sempat juga la Qays Haddad mengintai cermin pandang belakang untuk melihat ke arah rumah Puan Fatimah, kot ada susuk tubuh Dayana, malangnya memang perempuan itu telah menghilang entah ke mana.
Datin Syasya berlari naik anak tangga ke tingkat dua apabila melihat Mercedes benz milik Qays Haddad memasuki perkarangan rumahnya.
"Wardah! Cepat mandi Qays datang tu." Ujar Datin Syasya cemas apabila melihat Wardah masih tak mandi lagi. Bulat mata Wardah mendengar kata-
kata mamanya. Dia melompat turun daripada katilnya, dan mencapai tuala di atas lantai." Kalau Qays tanya cakap Wardah tengah kemas stor." Pesan Wardah sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
Datin Syasya melangkah menuruni anak tangga menuju ke pintu utama rumah banglo ini apabila mendengar loceng pintu di tekan berkali-kali.
"Eh? Ima dan Qays rupanya? Masuk la." Datin Syasya pura-pura terkejut sambil menjemput mereka masuk ke dalam rumah.
"Tadi aku ada pergi jumpa Ima, ingat tak Ima? Kawan kita dulu. Dia ada menjual kuih tradisional, jadi aku ada beli untuk kau kuih kapit ni." Kata Dato seri Aminah sambi menghulur plastik warna merah kepada Datin Syasya.
Qays Haddad tak sangka mamanya, mama Wardah dan umie Dayana kawan baik suatu masa dahulu. Dia dah Wardah bertunang, dia dan Dayana pula? Tiada apa yang istimewanya antara dia dan Dayana
"Lamanya aku tak jumpa Ima. Dia sihat ke?" Tanya Datin Syasya sambil mengambil bag plastik yang di hulur Dato Seri Aminah kepadanya.
Qays Haddad mengukir senyuman melihat Wardah melangkah menuruni anak tangga. Lemah lembut sahaja langkahnya, Qays Haddad berasa dia bertuah memiliki tunang yang cantik dan lemah lembut.
"Maaf la lambat turun, Wardah kemas stor dekat tingkat dua tadi." Ujar Wardah sambil tunduk bersalaman dengan Dato Seri Aminah. Sempat juga dia mengukir senyuman kepada Qays Haddad. Dia berharap terpikat melihatnya.
"Kemas stor pun cantik, berbeza sangat dengan Dayana." Bisik Qays Haddad di dalam hati.
"Wardah free tak hari ni? I nak ajak you keluar."
"I free je hari ni." Jawab Wardah dengan nada suara yang sangat manja. Dia tak sangka hari ini dia akan dating bersama Qays Haddad.
"Hantar mama balik dulu ya sebab mama dah penat ni." Pesan Dato Seri Aminah mahu berehat di rumah, biarlah Qays Haddad dan Wardah sahaja yang keluar berdua. Mereka perlu mengenali satu sama lain, supaya apabila berkahwin nanti tiada yang menyesal.
"Selamat sejahtera atasmu karena kesabaranmu. Maka alangkah nikmatnya tempat kesusahan itu. Surah Ar-Ra'ad ayat 24." Dayana bertafakur di atas sejadah sambil membuka Al-quran terjemahannya.
Selepas dia dicaci oleh Qays Haddad, Dayana terus berlari ke Masjid cantik ini iaitu masjid Al-Falah untuk menunaikan solat fardhu Zohor di sini dan menenangkan hati yang terluka.
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu." Dayana menadah tangan mohon Allah SWT memberinya ketenangan hati saat ini.
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romance"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...