Cp.49: Jaison's Involvement

75 11 0
                                    

"Rea! Macam mana-- kenapa kau ada disini?" Soal Jaison yang masih tersisa rasa terkejutnya.

"A-- aku.. well, tadi aku cuba nak teleport.. tapi rasanya aku salah.. koordinasi..?"

Jaison mengangguk perlahan. Dia simpulkan, mungkin gadis itu menggunakan spirit air untuk membantunya melakukan teleportasi. "Okay... Kau.. dari parti ke? Gaun kau nampak cantik."

"Ah, ya. Kau pula buat apa 'kat sini?"

"Aku sebenarnya nak seru spirit air tadi tapi kau pula yang muncul."

"Untuk apa kau seru spirit air?"

"Ada orang yang ditangkap pedagang hamba tadi dan beberapa orang dari diorang tercedera. Jadi aku nak seru spirit air ini untuk pulihkan diorang lah."

"Ouh, kalau macam itu, nak aku bantu."

"Oh. Boleh juga."

Suasana janggal diantara mereka berdua sebentar tadi mencair begitu sahaja, dan apa yang berlaku tadi, tidak difikirkan sangat oleh mereka.

"Tapi Rea, tak ke kau nak berdiri disini? Takut aku tengok kau berdiri atas air."

Aurelia memandang ke bawah sebelum tertawa kecil. Kelakar rasanya bila ada orang risau tentangnya apabila dia berada dekat air.

"Ish, kau ni, gelak lagi. Jatuh kang, jangan salahkan aku. Mari, hulur tangan kau."

Aurelia kemudian menyambut huluran tangan Jaison sambil sebelah tangannya mengangkat sedikit kain gaunnya untuk membantunya melangkah.

"Jaison, cuba ceritakan apa yang terjadi sampai kau boleh terjumpa pedagang hamba." Ujar Aurelia semasa dalam perjalanan ke tempat dimana orang-orang yang diculik sedang berada.

"Sebenarnya semasa aku, adam dengan adik aku tengah dalam perjalanan balik ke rumah petang tadi, kami ternampak ada satu kereta kuda yang aneh. Pada mulanya kami tak kisah tapi bila kami perasan ada kertas terjatuh dari gerabak kereta kuda itu-- gerabak itu tertutup sepenuhnya, tak ada tingkap-- kami pun tergerak hati untuk periksa kertas itu. Rupa-rupanya kertas itu tertulis, 'tolong kami'. Jadi, lepas ituz kami pun tolonglah diorang. Agak susahlah juga sebab orang-orang itu tahu magik. Aku penyeru spirit api berpedang dan adam pula cuma tahu berpedang. Jadi dua lawan tiga orang yang tahu magik, kau rasa siapa menang?"

"Kalau ikut jumlah orang dan magik, mestilah diorang. Tapi tengok kau sekarang ini, mesti korang menang, kan?"

"Mestilah. Tengoklah siapa? Ini Jaison lah." Jaison terus tertawa bangga sebelum berhenti dan menunjukkan lengannya. "Tapi lengan aku tercedera sikit. Adik aku ada letak ubatkan tapi still rasa sakit."

Tanpa ragu-ragu Aurelia terus menyeru Endairon dan mengarahkannya untuk menyembuhkan lengan Jaison. Aurelia melakukan perkara yang sama kepada orang-orang yang ditangkap tadi setibanya mereka disatu tempat yang mempunyai satu unggun api dan beberapa orang yang mengelilinginya.

Terdapat pertanyaan kenapa dia memakai gaun serta pertanyaan bagaimana dia ke sini daripada Adam dan adik Jaison. Tapi Aurelia menjawabnya dengan tenang. Dia juga bertanya kepada mereka apa yang mereka akan lakukan seterusnya.

Jaison kata, mereka akan mengiring mereka semua ke pihak berkuasa dan biar mereka uruskannya. Lagipun negara ini tidak mengamalkan sistem penghambaan. Oleh itu, mereka akan selamat apabila tiba di ibu kota.

Walau bagaimanapun terdapat sesuatu yang aneh semasa Jaison menceritakan apa yang mereka jumpa dari dalam beg yang para penculik itu tinggalkan.

Ianya beberapa kertas yang mempunyai simbol-simbol pelik dan terdapat satu kertas yang mempunyai bulatan mantera magik. Jaison ada menyimpannya dan menunjukannya kepada Aurelia. Menurut Jaison, bulatan magik itu adalah alat untuk menyeru iblis.

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now