CHAPTER 5

1.8K 60 2
                                    

MAYRA bergerak mendekati tubuh suaminya yang sedang membaca dia dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MAYRA bergerak mendekati tubuh suaminya yang sedang membaca dia dari belakang. Kain telekung diangkat sedikit bagi memudahkan pergerakkannya.

Kedua belah tangan melingkari tubuh lelaki itu dari belakang. Dia menyandarkan wajah pada punggung Kaiser. Mata yang terasa sedikit kantuk diusap lembut. Biasalah, solat subuh.

Sebaik sahaja doa diaminkan, Kaiser memusing tubuh kebelakang, menghadap Mayra. Tangannya turut mengaminkan doa pada wajah wanita itu. Perbuatannya tersebut menggundang senyuman manis dari Mayra.

"Kita baca al quran satu halaman dulu boleh?" Pintanya, Kaiser hanya mengangguk setuju.

Dia bangkit dari duduknya sebelum berlari anak mendapatkan sebuah Al Quran di dalam laci tepi katil. Tempat duduk dihadapan Kaiser diambil kembali.

Kaiser tersenyum, Al Quran yang dibawa oleh Mayra diambil, Al Quran pemberiannya sebagai emas kahwin.

"Kenapa sayang minta Al Quran ni sebagai mas kahwin. Kenapa tak minta wang tunai ke? Harta ke?" Soal Kaiser sambil menyelak muka surat pertama Al Quran itu.

"Awak tahukan Kaiser? Saya membesar dalam keluarga yang kaya dalam masa yang sama broken family. They really taught me that money can't buy happiness. Saya minta Al Quran sebagai mas kahwin sebab saya nak baca dengan awak. Saya nak rumah tangga kita berkekalan dengan keberkatan dari bacaan Al Quran yang dijadikan mas kahwin kita. Saya nak Al Quran ni menjadi saksi betapa bahagianya rumah tangga kita di akhirat nanti." Terang Mayra, Al Quran ditangan Kaiser diusap. Dia janji, dia akan jaga Al Quran ini dengan baik.

"Clever girl." Ujar Kaiser bangga. Tangan isterinya dicapai lalu jari jemarinnya menyulam jari jemari Mayra. Diusap lembut kekura wanita itu menggunakan ibu jari.

Mayra hanya tersenyum suka.

Tanpa membuang masa, Kaiser memulakan bacaan alquran didahului dengan bacaan Bismillah.




API dapur ditutup setelah selesai memasak nasi goreng daging sebagai breakfast pada pagi ini. Mangku kaca didalam kabinet diambil lalu diletakkan nasi goreng ke dalam mangku kaca tersebut

"Isteri abang tengah masak apa?" Soal satu suara garau dari arah belakang. Mayra mengukir senyum apabila merasa pinggangnya dipeluk dari belakang.

"Mayra masak nasi goreng daging je." Ujar Mayra lalu memusing tubuh menghadap Kaiser. Tangan kecilnya naik membutang baju bahagian dada Kaiser yang masih terdedah.

Kaiser menghulurkan tali leher kepada Mayra. Mahu wanita itu memakaikan tali leher buatnya. Dia menunduk sedikit untuk memudahkan Mayra memakaikan tali lehernya. Pinggang ramping Mayra dikuis nakal. Mengeliat wanita itu menahan tawa akibat kegelian.

"Stop it, Kaiser." Arah Mayra, tangan kasar Kaiser ditolak lembut jatuh ke sisi. Mayra menepuk dada Kaiser, puas dengan hasil kerjanya pada leher lelaki itu.

COMIENZO | OGWhere stories live. Discover now