Mereka kini sedang berkumpul di ruang tamu dan berbincang tentang perkahwinan aisy dengan luth.Memandangkan aisy asyik di serang/diganggu oleh musuhnya mereka memutuskan untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan tersebut.Tengku laila juga akan pulang ke France untuk membuka kedai butiknya semula setelah lama ditinggalkan.
" mummy setuju aje,tapi kena tanya tuan badan dulu macam mana" kata tengku laila sambil memandang ke arah aisy yang asyik menuduk dari tadi
Rayden menolak nolak bahu adiknya,saja nak menyakat dia tahu adik nya sudah lama setuju.
" macam mana aisy? setuju tak luth jadi suami aisy?" soal tengku laila lagi
" aisy..setuju mummy.." jawabnya malu malu
Yang lain hanya tersenyum..nampak boss mafia mereka dah nak tawin!!!
" kepak kepak!! kebom kebom!!" nyanyi jack dan aidan sambil menari nari serupa babun
yang lain nak kawin,yang lain yang terlebih over !!
Luth hanya menjeling sahabatnya,tak habis habis buat perangai.
Akhirnya hasratnya tercapai jua ingin memperisterikan aisy medina
*************************************************Kawasan perumahan tengku laila dijaga dengan ketat oleh anak anak buah luth.Harini merupakan hari pernikahan luth dan aisy.Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dijemput,walaupun majlisnya hanya kecil tapi itu dah cukup mewah bagi aisy.
Aisy sangat cantik mengenakan gaun pengantin berwarna putih dengan solekan nipis dimukanya yang mampu menawan hati para jejaka.Hatinya berdebar debar,ia seakan tidak percaya dia akan berkahwin dengan lelaki yang pernah menghalaunya,Siapa sangka lelaki yang dia benci itu akan menjadi suaminya.
Luth segak memakai tuxedo berwarna hitam yang sepadan dengan aisy,kalau dilihat bagai pinang dibelah dua,luth mengigil ketakutan,macam mana tak takut ini kali pertama dia akan akad nikah guys !!
" luth kau dah siap?" soal rayden sambil menghampiri bakal adik iparnya
"hm"
" perhh semakk woo !! " jerit jack sambil memandang luth
" kau dah kenapa bangang !! " marah farel
Rayden dan luth hanya mengelengkan kepala melihat telatah sahabatnya.
" dah kau ni kenapa diam aje" soal jack hairan pada aidan
Kebiasaannya lelaki itu lagi kuat menyakat tapi pelik sikap aidan lain harini.
Yang lain hanya memandang aidan dengan hairan
" kau tak suka luth kahwin dengan aisy ke? atau kau ada hati dengan aisy !! " soal farel dengan riak wajah terkejut
" kepala hotak kau la !! aku cuma berdebar aje" jawab aidan dengan gelisah
" dah kenapa pulak kau yang berdebar, luth yang nak kahwin bukan engkau" kata luwis sambil menunjal dahi aidan.
" kau jangan macam macam elok elok majlis perkahwinan kan bertukar jadi majlis tahlil kau " kata luth sambil memandang tajam ke arah aidan.
" Alah..chill bro !! aku berdebar aje lagi un ini kali pertama salah satu dari kita kahwin" luah aidan
" ouh takpe nanti giliran ray pula" jawab farel selamba
YOU ARE READING
THE DEVIL BLOOD'S (COMPLETED)
ActionDah COMPLETE tapi maybe banyak kesalahan yang ada jadi proses pengeditan tu mungkin mengambil masa.Apa apa un selamat membaca ye semua sebelum saya unpublish untuk proses pengeditan. LUTHFI UWAIS -Seorang lelaki yang berwajah bengis dan kejam,panas...