1 - Satu Bulan Kehamilan

303 16 0
                                    

"Betul sayang okay?" Soal Ikhwan sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Betul! Sayang okay. Abang janganlah risau." Balas Sarah sambil mengukir senyuman di bibir.

"Abang minta maaf ye sebab abang tak mampu nak jadi suami yang terbaik dan..." Ikhwan mengusap lembut perut Sarah.

"...jadi ayah yang terbaik untuk anak kita nanti." Ikhwan menahan sebak. Lagi lapan bulan, dia bakal bergelar seorang bapa. Barulah dia faham perasaan lelaki di luar sana yang menangis tatkala pertama kali dapat tahu bakal bergelar seorang bapa.

"Abang, janganlah menangis. Sayang mengandung je pun." Tegur Sarah dengan nada lembut. Ikhwan tergelak mendengar kata Sarah. Dia segera menyeka air matanya yang mengalir tanpa dia sedar.

"Betul ke ni sayang okay kalau sayang terpaksa kerja? Abang rasa serba salahlah. Sayang kan mengandung." Soal Ikhwan.

"Abang ni, kan sayang cakap sayang okay. Lagipun sayang faham, kitakan baru 4 bulan kahwin. Jadi kewangan kita tak stabil lagi. Abang pun nak kena bayar duit sewa rumah lagi, duit kereta lagi. Belum campur lagi bil-bil lain kan. Sayang faham sangat-sangat." Balas Sarah panjang lebar. Ikhwan yang mendengarnya turut berasa lega. Sekurang-kurangnya dia masih ada masa lagi untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga kecilnya.

"Tak apa sayang. Abang janji abang akan buat yang terbaik untuk sayang dan anak kita. Abang akan buat apa sahaja untuk keselesaan sayang dan anak kita. Abang janji." Ucap Ikhwan. Sarah hanya tersenyum sambil mengusap pipi lembut suaminya itu.

Di sebalik senyuman yang terpampang, tersembunyi beribu kegusaran dan kerisauan di hati Sarah. Rancangan mereka untuk menstabilkan dahulu kewangan setahun selepas berkahwin gagal gara-gara dia terlupa menelan pil perancang kehamilan. Sarah mengusap perutnya perlahan-lahan. Mampukah dia bekerja dengan keadaannya seperti ini? Kalau sekarang mungkin masih boleh bertahan, tetapi bagaimana pula 4-5 bulan selepas ini?

"Anak ummi, sama-sama kita cuba jadi kuat okay? Ummi akan cuba sedaya upaya untuk tidak susahkan abi. Dan ummi akan sedaya upaya cuba beri keselesaan buat anak ummi sebaik sahaja anak ummi lahir ke dunia ini." Sarah bermonolog di dalam hati.

Sayang Okay... Where stories live. Discover now