Dayana bertafakur lama di dalam kereta, walaupun dia sudah lama sampai di hadapan rumah, Dayana masih tidak keluar daripada kereta. Dia mengesat air mata yang masih mengalir membasahi pipinya.
Tuk! tuk! Bunyi ketukan tingkap kereta mengejutkan Dayana yang sedang melayan perasaan. Qusyairi rupanya, dia menurukan cermin keretanya.
"Dah Puas menangis?" Sindir Qusyairy. Dia sebenarnya dia nampak apa yang telah berlaku di parking kereta hospital antara Qays Haddad dan Dayana. Dia tidak tahu apa sebenarnya masalah mereka tetapi yang dia tahu Qays Haddad nak minta maaf yang seorang ni pula tak nak maafkan lelaki itu.
"Mana menangis? Nak apa ni?" Nafi Dayana. Dia belagak kuat di hadapan Qusyairy.
"Tak payah nak tipu adik la, mata tu bengkak nampak sangat dah menangis kuat kan? Kakngah tak payah nak try hard untuk membenci kalau hati tu sebenarnya sangat mencintai." Sindir Qusyairi.
"Tak payah sibuk la. Baru balik kerja juga kan? Pergi masuk mandi." Dayana cuba menidakkan perasaannya ini.
"Nah. Dr.Rayqal bagi hadiah. Kesian doktor tu tak putus asa nak mengorat kakngah tetapi hakikat hati kakngah pada orang lain." Qusyairi menghulur satu bag kertas kepada Dayana.
Dayana mengambil bungkusan itu. Orang selalu pesan kalau nak melupakan seseorang kena menerima orang baru di dalam hidup.
"Adik, suruh Dr. Rayqal meminang kakngah." Terkedu Qusyairi mendengar kata-kata kakngahnya ini.
"Ha? Gila ke? Kakngah bukan suka dia tiba-tiba nak suruh dia masuk meminang pula. Adik tak nak masuk campur urusan kakngah dengan dia." Kata Qusyairi yang tidak setuju dengan kata-kata kakaknya ini. Hantu apa entah yang merasuk kakngah ni tiba-tiba nak bertunang Dr. Rayqal tu.
"Dia baik kan, apa salahnya kakngah terima dia." Qusyairi mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Dayana.
"Apa jawapan istikharah kakngah?" Dayana terkedu mendengar pertanyaan Qusyairi.
"Kakngah dah lama tak buat Istikharah. Kali ini kakngah yakin Rayqal jawapannya. Kalau adik tak nak cakap dengan dia, biar kakngah cakap sendiri dengan dia." Qusyairi hanya mampu menggeleng kepala, susahnya bercakap dengan perempuan degil ni.
"Suka hati la. Jangan lupa berdoa Ya Allah tunjukkan aku mana yang terbaik untuk ku Qays Haddad atau Afiq Rayqal. Lepas tu letak tapak tangan dekat jantung tu, sebut nama salah seorang antara mereka. Apabila sebut nama itu berasa tenang dan jiwa ke arah dia maksudnya itu jawapannya. Faham tak? Itu namanya Istikharah." Sindir Qusyairi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Dayana melepaskan keluhan mendengar kata-kata adiknya itu. Dia meletak tapak tangan pada dadanya dan dia memejamkan matanya.
"Afiq Rayqal." Perasaannya kosong saat menyebut nama itu.
"Qays Haddad." Wajah lelaki itu menjelma di dalam ingatannya. Dayana membuka matanya, dia pantas menggeleng kepala.
"Tak... tak..." Dayana mencapai tas tangannya dan melangkah keluar daripada kereta. Dia tak nak lelaki itu, dia yakin selepas melakukan Istikharah jawapannya akan berubah.
Tosh! Tosh! Tosh! Beberapa das tembakan di lepaskan tanpa henti oleh Qays Haddad ke arah patung board di hadapannya. Patung board itu adalah sebagai bahan latihan jika pegawai polis menjalani latihan menembak untuk menguji ketepatan tembakan mereka.
Farhan, Syafiq dan Rafi terkejut melihat Qays Haddad melepaskan tembakan tanpa henti pada patung itu dan semua tembakan itu tepat tiada satu pun tersasar. Dia seperti sedang melepaskan tekanan yang sangat berat.
"Kau okay tak ni?" Tanya Farhan sambil menepuk bahu sahabatnya ini. Qays Haddadd berhenti melakukan tembakan dia duduk di sebuah kerusi dan bersandar sambil melepaskan keluhan.
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romance"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...